January 27, 2014

Smile Is the Power.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Senyumlah walau insan dihadapan tidak kau kenali" - sapaan ku terhadap adik peserta program qiyamulail

Smile is the power ! Senyum bukan hanya budaya dan meditasi, tapi ianya sunnah baginda rasul s.a.w. Indahnya agama ini bila dengan senyuman kita mampu mengukir pahala. 

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia yang sentiasa memberi motivasi, salah satunya dengan senyuman baginda s.a.w, dan baginda juga menyatakan kepada sahabat tentang makna senyuman itu, dengan bersabda :

"Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria" [ riwayat muslim ]


Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang mampu mencairkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Dengan senyuman baginda lah ramai yang telah pikat hati dan bertambah cinta antaranya para sahabat, isteri baginda jua kanak-kanak yang sering Baginda temui. Baginda memancarkan sinar harapan dengan senyum, tidak kira apa bangsa dan agama.

Baginda juga mampu untuk sejukkan hati yang panas dan keras dengan senyuman, dan baginda s.a.w. memerintahkan atau menyuruh umatnya agar menghiaskan diri dengan akhlak mulia ini, kerna ianya tidak perlukan modal langsung untuk membelinya. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan dan sebagai modal untuk berdakwah. Itulah kuasa senyuman

Oleh itu, bagi saya, senyum adalah satu kekuatan dan satu kuasa untuk kita cipta satu kondisi atau keadaan yang hidup dengan nilai-nilai kebaikan. kalu kita nak lakukan apa-apa saja iringilah dengan senyuman hatta nak masuk ke blog mujahid siswa ini pun kena banyakkan senyuman, agar blog ni sentiasa memberi anda inspirasi dan manfaat bagi kita bersama. jom senyum tige..!!


senyum yang tidak bisa dimusnakan hatta dengan C4 sekalipun

Begitulah Rasulullah s.a.w dalam melakukan urusan kehidupan, dalam mengajak para sahabat baginda untuk sentiasa merebbut dan melakukan kebaikan. Baginda s.a.w juga tidak pernah lekang dari memberi senyuman kepada sesiapapun .

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata :

“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Saya juga pernah terbaca satu ungkapan atau pepatah cina yang boleh kita jadikan pengajaran, disebut :

“Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Pengalaman saya atau mungkin anda juga bila berhadapan dengan kaum cina di malaysia ini, mereka antara kaum yang suka sangat tersenyum.! Saya bila dikampus dahulu, bila bergiat atau bergerak kerja dengan sahabat - sahabat yang berbangsa cina ni, kita akan rasa sentiasa ceria dan riang! kalau nak tahu cuba sendirilah. Dan bagi saya juga, kita lihat biasanya orang-orang cina ini akan membayar senyuman yang paling mahal bila bertemu apatah lagi dalam urusan perniagaan.

Oleh itu, senyum merupakan sunnah harian Rasulullah s.a.w, merupakan saham buat anda juga untuk dituai diakhirat kelak, perbanyakkanlah senyuman, kerana dari senyuman kita mampu ukir hari hari dengan bahagia. Kalau warga syria yang dalam kezaliman dan kekejaman dilakukan kepada mereka, mereka mampu ukir senyuman, kenapa tidak kita dinegara yang aman damai ini.


Wallahu alam.