January 3, 2014

Tentang Kanak Syria.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, telah masuk hari ke tiga untuk tahun baru 2014, semoga perjalanan diawal tahun ini masih memberi kesegaran untuk kalian menjalaninya dan membajainya dengan kebaikan.

"Sudah jam 4.. lajunya masa berputar " sapa pak guard library dihadapanku. Fikiranku membetulkan pula kali ini sambil menambah ayatku " iyakan pakcik, kejap lagi habislah satu bulan dijalani".

Apa adanya, setiap hariku ada masa untukku peruntukkan buat menjenguk khabar saudara dan sahabatku di bumi yang dalam ujian-Nya. Paling ringan buat kita pun, jangan dilupakan mereka dalam sujud dan doamu.


Tiada ruginya, hanya menyahut seruan-Nya dalam Quranul karim
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" Surah al hujurat : 10
Terpikat dengan gambar ini sejak menatapnya pertama kali - moga membuka mata hati yang bernama insan.



Yang kiri kanak-kanak Syria berusia 3 tahun yang dizalimi, "Akan ku beritahu Allah segalanya."

Yang kanan pula, kanak-kanak berusia 3 tahun yang dizalimi,

"Akan ku beritahu ibu dan ayahku segalanya."

Pokok pangkalnya bukan mahu merendah-rendahkan kanak-kanak di negara lain dengan kanak-kanak di Syria malah jauh dari itu. Tetapi, inilah hakikatnya yang kita perlu terima dan perlu pelajari, betapa kanak-kanak seawal usia 3 tahun di Syria, benar-benar meyakini bahawa sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja sebaik-baik tempat mengadu dan meminta pertolongan. 

Dari itu, bermula dengan diri ini dalam belajar mendidik, marilah sama kita didik anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Tidak kiralah anak didik yang dirumah, sekolah atau ketika adik-adik program.

p/s: Gambar diatas merupakan sumbangan daripada penyokong Syria Care kepada Syria Care : PIMS.