February 13, 2014

65 Tahun - Syahidnya Hassan Al Banna


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam 12 Febuari 2014 masuk 65 tahun pemergian as syahid (InsyaAllah) al imam hassan al banna. Dia mujahid, seorang ulama, pemuda, cikgu - dengan dakwahnya dan izin Allah, aku lahir dari perjuangan ini meneruskan risalah dakwah islam yang diawalnya dibawa oleh baginda rasul s.a.w. semoga Allah memberikannya rahmat dengan kerahmatan Allah yang maha luas.

Kenalilah beliau - nescaya tiada kerugian bagimu. (nada senyum ke pipi) semoga dengan mengenalinya, beliau akan mengenalimu di akhirat kelak. 

Credit pic : IKRAM Malaysia

Imam hasan al banna secara ringkasnya yang telah memulakan menyusun zikir-zikir mathurat untuk bacaan harian umat Islam hari ini dan menulis beberapa buah kitab yang terkenal dan menjadi tatapan juga dibeberapa buah perpustakaan dunia pada hari ini. Rukun Usrah - Taaruf, Tafahum, dan Takaful antara idea beliau yang digunakan sehingga kini.

Beliau adalah pengasas kepada gerakan Islam Ikhwanul Muslimin di mesir yang hari ini menjadi rebutan oleh sekularis dan zionist. IM berkembang biak ke serata pelusuk negara sehingga hari ini. Cita-citan al banna ingin menegakkan islam diseluruh pelusuk negara. Dari usaha kecil beliau sehingga kepada usaha yang besarnya, Ternyata mengusarkan israel zionist hingga kecut akan kehadiran dan usaha beliau itu, lantas merancang pembunuhannya 65 tahun yang lalu walaupun takdirnya untuk pergi kepada Rabbul alamin.

Al imam hassan al banna meningal dunia dalam usianya yang agak muda 43 tahun, terlalu muda untuk meningalkan pengikutnya yang terlalu ramai serta menyayanginya. - Dia dirindui oleh jiwa pemuda yang bangun. Dia ditembak mati agar dia mati selama-lamanya, tetapi hakikatnya suara dan ideanya tidak mati.

Legasinya kini disambung oleh cicitnya - Prof tariq ramadan. Walaupun prof tariq ramadan tidak bergiat aktif dan melibatkan diri dalam gerakan ikhwanul muslimin, tetapi beliau telah membawa usaha datuknya untuk membawa mesej sebenar islam yang syumul (menyeluruh). Prof tariq ramadan kini menjadi rujukan muslim dan non muslim di eropah barat.

"Dia yang kukenali' pasti aku cintai" Al fatihah untuk IHAB

Wallahu'alam.