February 13, 2014

Guru, Rotan dan Pelajar.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Siapa yang tidak siap kerja sekolah cikgu (math) silakan keluar (siap dengan nada menyanyi) dengan hormatnya sebelum keluar secara tidak hormat dari kelas ni" suara lunak guru maths.

Maka mulahlah episod kesedihan dan menanti rotan, berbaris dihadapan kelas. One by One. Sekali rotan, sampai habis waktu kelas maths sakitnya. *begitulah lumrahnya zaman persekolahanku dulu.

Kiranya hasil penangan guru-guruku terhadap kami sebelum ini, maka hari ini kami menjadi manusia. Saya kena rotan disekolah lebih teruk dari dirumah. Kadang kita pegang jawatan penting disekolah pun ada nasibnya dan lebih sadis pukulan rotannya bukan hanya ditangan malah dipunggung. Memang dasyat.

Guru Halau Pelajar !

Bila melihat situasi yang hangat di media sosial berkaitan seorang ayah saman guru kerna merotan dan menghalau keluar anaknya akibat tidak membereskan atau menyelesaikan kerja sekolah.


Dalam situasi sebegini kita ambil win-win situation (menang-menang). Sempat juga menyemak beberapa pandangan dan pendapat berkaitan isu ini yang defend guru, defend murid, malah ada yang defend tindakan ayah tersebut, lagipun isu ini bukan baru sebenarnya. Kira agak lama sudah.

Guru merotan ada sebabnya, lagi-lagi sebab tak siap kerja sekolah. Guru bagus-bagus ingin jadikan pelajarnya bisa lulus dengan baik tapi perangai menjengkelkan pelajarnya kekadang yang menerbitkan gerak laku merotan guru. Menurut beberapa akhbar tempatan, guru tadi menghalau keluar pelajar tersebut. - samaada meghalau dari sekolah atau kelas, hanya guru itu yang tahu. 

Tapi kalau sekadar menghalau keluar kelas itu rasanya perkara biasa, cumanya jika seorang guru tadi menghalau pelajarnya keluar dari sekolah, maka perlu pada pertimbangan sebab ditakuti akan memudaratkan diri pelajar jika berada di luar dari sekolah. Justeru itu mungkin menambah masalah. 

Ayah Saman "Guru Lilin kepada Anaknya".

Seorang ayah itu juga harus perlu pada pertimbangan. Ayah menghantar anaknya ke sekolah untuk diajari cikgunya, maka dapatlah kita lihat bahawa ayah tadi meletakkan kepercayaan kepada sekolah dan guru. Ambil tindakan laporan polis bagi saya agak terkehadapan, seeloknya dengan mengambil sikap profesional antara kedua-duanya, ambil jalan berbincang agar masalah sebegini diperjelaskan. Lagi satu Ibubapa pun kena faham - merotan itu salah satu dari budaya norma disiplin seorang guru, walau tidak semua guru menggunakan rotan.

Mengambil jalan memanjakkan anak itu adalah langkah yang tidak berapa nak kena dalam soal mendidik. Apatahlagi backup anak yang dirotan cikgu kerna tidak siap kerja sekolah.

Pelajar Sekolah.

Melalui beberapa siri pandangan dan pendapat - ternyata benar bahawa pelajar hari ini tidak sama halnya dengan pelajar dulu. Kalau anda setuju, Angguk kepala.


Sebagai seorang pelajar, menjadi tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan, kiranya tidak bisa untuk menyelesaikannya hanya kerna mengalami kesusahan bila menjawabnya - bincang secara baik dengan guru di kelas. Bukan meninggalkannya secara tidak ambil kisah. Guru itu ada hak pada pelajarnya, begitu juga pelajar ada hak pada guru, maka gunakanlah hak tersebut dengan baik agar selari dengan matlamat untuk bisa cemerlang dalam pelajaran.

Wallahu'alam.