February 22, 2014

Malcom X : Yesterday.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam masuk 49 tahun sejak pembunuhan Malcom X, seorang aktivis hak asasi kemanusiaan. Malcom X dibunuh, February 21, 1965, New York City, New York, United States. Malcolm X adalah tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat disandingkan dengan Dr. Martin Luther King yang berjuang menghapus segala macam diskriminasi lebih-lebih yang menimpa kaum Afrika-Amerika yang sering dikaitkan dengan title’ negro.

Dengan pandangan rasis dari NoI membuat Malcolm kemudian menyedari bahwa hal tersebut sebagai sebuah ajaran yang tidak rahmatan lil alamin, seterusnya memutuskan untuk berpisah dengan “Nation of Islam”. Beliau mengembara menunaikan haji ke bandar suci Kota Mekah, dan di mana disitulah, beliau telah didedahkan kepada arus perdana Islam - Islam yang majoriti amalan dunia Islam.

Dari segi sejarah, sudah tentu, Mekah yang terdapatnya binaan kaabah adalah Kiblatnya Penganut Islam. Di sanalah Malcolm X pertama kali menyaksikan perpaduan di kalangan orang yang berbeza, tanpa mengira bangsa mereka.

Malcom X menulis dalam buku sepanjang lawatannya :


But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and non-white … But on this pilgrimage, what I have seen, and experienced, has forced me to rearrange much of my thought-patterns previously held, and to toss aside some of my previous conclusions. This was not too difficult for me. Despite my firm convictions, I have always been a man who tries to face facts

Semalam pasti ramai yang mengingati peristiwa pembunuhan seorang aktivis hak sivil revolusioner dan pembaharu ( tajdid ) ini. Karyanya diguna segenap lapisan masyarakat dunia terutama dalam memperjuangkan isu kulit putih dan hitam di amerika. Ramai yang sudah pasti juga mendakwa legasi beliau MalcomX ni, dedikasi teguh terhadap kesaksamaan, perpaduan dan kebenaran yang dibawanya 49 tahun yang lalu.


Sebagian muslim itu pasti mendapat inspirasi, teladan dan motivasi dari diri beliau. Kita nampak dia sebagai salah satu dari diri kita. Beliau meninggal dunia, 49 tahun yang lalu dan semoga kematiannya diterima di sisi Allah s.w.t. Kehidupan Malcom X juga tercatat dalam sejarah Islam itu sendiri.


Rata-rata masyarakat muslim dunia menghormati Malcolm X bukan sahaja untuk apa yang beliau bawa atau perjuangkan, tetapi niat ikhlasnya dalam meletakkan yang hak itu ditempatnya. Seperti orang lain, Malcolm berdedikasi terhadap dirinya kepada usaha mencapai keadilan. Dia sentiasa di atas jalan pengayaan diri dan dia melakukan yang terbaik untuk memenuhi cita-cita Islam. Tetapi dia tidak lepas dari membuat kesilapan, dan banyak ketidaksempurnaan beliau telah membuat dia semua lebih dekat kepada umat Islam di mana-mana, terutamanya generasi muda. 

Rendah diri Malcolm X - kesediaannya untuk mengaku kelemahan diri, adalah boleh dikatakan salah satu pelajaran yang paling penting kepada kita, orang Islam dan bukan Islam. Salah satu 'quotes yang menarik tumpuan adalah 
"if you dont stand for something you will fall for anything" - Malcom X

Wallahu'alam