February 6, 2014

Mari Belajar Bahasa Arab.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Minggu yang kira agak letih juga, tapi alhamdulillah terisi dengan benda yang bermanfaat. Cumanya blog agak sepi bila dan kesibukan, ada idea tapi kekangan masa. - Tapi cuba usahakan juga.

Pintaku.


"bahasa german tidak macam bahasa dunia yang lain, memang payah
dan agak susah juga" 


Balas sahabatku bila aku pertanyakan kepadanya untuk minat mendalami bahasa german. Jadi mudah kiranya untukku berjalan diatas bumi germany itu kelak. 

Cumanya apa yang hebatnya bila kita memiliki pelbagai bahasa dunia, kita akan jadi senang untuk terokai ilmu pengetahuan dunia, dan jika kita punya bahasa arab, kita senang untuk terokai pengetahuan dunia akhirat. 

Tidak menjadi kesalahan kiranya jika kalian bukan dari aliran pendidikan islam untuk pelajari loghatul arab, atleast kita tahu sikit demi sedikit. Cuba-cubalah untuk bertutur dalam bahasa arab seawal perkataan biasa pada gambar rajah dibawah ini yang sering juga kita gunakan dalam kehidupan seharian. - tafadal. - Hanya dengan satu huruf itupun adalah ilmu - so get it !