February 7, 2014

Review Film : Ip Man.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sempena tahun baru cina, filem Ip Man menjadi santapan malam khamis jam 10.00 dikaca televisyen TV3. Sebelum ini hanya sempat menonton Ip Man 2, malam tadi berpeluang pula menonton Ip Man 1 lakonan Donnie Yen. Maka tergerak pula jari ini untuk Review Film kebaikan yang terdapat dari filem Ip Man ini. Sekadar mana yang sempat, lagipun cerita Ip Man ini adalah merujuk pada cerita yang benar lagenda mahaguru Ip Man.


Lagenda Mahaguru IP Man sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat china apatahlagi setelah ia diangkat menjadi filem dan membuatkan ramai dikalangan kita teruja dengan seni pertahanan diri Wing Chun. - Kalau ada yang belum pernah tonton filemnya, baik tonton jika punya luang masa, tak rugi.

Bukan Gaya Tapi Diri !

"Kali ini kamu kalah dengan gaya kung fu saya" petikan dari salah satu babak Ip Man.

Jawapan yang dibalas kepada lawan Guru Ip Man tadi ialah "bukan gaya soalnya tapi diri" - sentuhan idea disini yang menarik minat saya bila mendengar dan melihatnya, kerna satu message yang cuba watak Ip Man sampaikan ialah bukan gaya penentu kalah atau menang tetapi sikap dari diri tersebut. Kiranya gaya itu punya turun temurun hebatnya, tapi bila pemakainya mempunyai sikap yang tidak hebat maha kalah jua menemuinya. Dalam kung fu atau seni pertahan diri, niat adalah soal utama kerna dalam kung fu atau seni pertahanan diri itu bukan tujuan mematikan orang tapi melindungi.


Prinsip Kung fu untuk Kebaikan !

"Pastikan kamu tidak menang melawan jeneral jepun itu, kalau tidak kamu tak akan dilepaskan." Pinta Jurucakap alih bahasa cina - jepun sahabat dekat kepada Ip Man.

Dalam filem ni, bila difahami secara baik, jepun menggunakan seni pertahanan diri untuk menguji siapa diantara mereka yang terbaik. Menunjukkan bahawa mereka adalah yang terkuat. Dalam cerita ni, siap gelangang disediakan untuk ahli kung fu cina berlawan dengan askar yang juga ahli taekwando jepun. setiap yang menang akan diberi beras *memandangkan ketika itu jepun mula menjajah cina. warga cina mula kesempitan hidup dan perlukan makanan.

Tapi apa yang Ip Man ajari ?

Prinsip pertama belajar kung fu adalah untuk berbuat kebaikan. Orang jepun tidak akan faham mengenainya, bila seni pertahan diri disalah guna, maka ianya akab bersandar pada keganasan dan berlakunya penindasan.

Kung fu itu terselitnya ajaran confocius untuk didik kebaikan, bukan semata-mata pergerakan untuk tumbangkan lawan.

Akhirnya ?

Ada yang kita perlu ambil manfaat berkaitan unsur kebaikan didalam film Ip Man ini. Ianya bukan sekadar tontonan aksi bagi saya, tapi memotivasikan kehidupan agar sentiasa sandarkan pada kebaikan atas apa yang kita lakukan. Kisah Ip Man berdasarkan kisah benar, Ip Man adalah guru kepada Bruce Lee dan seni wing chun telah melahirkan jutaan ahlinya sehingga kini. - Dengan Kung fu tadi Mahaguru Ip Man menyatukan rakyat cina dan membuat tentera jepun berundur dari cina tanpa syarat.