February 15, 2014

Sabah, Banjir Paras Bahaya.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam ramai juga sahabat sabahan yang dok mengadu di facebook, liputan banjir di sabah tidak disiarkan di televisyen yang kini meningkat ke paras bahaya. 

Sementara itu, berterima kasih kita juga pada jentera Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah yang melancarkan #OpsBanjir bagi membantu meringankan beban melalui sumbangan rakyat malaysia. Khabarnya dalam beberapa hari ini DPPNS akan turun ke lokasi banjir untuk membantu mangsa banjir yang terlibat. - Mohon bantuan yang secepatnya juga dari kerajaan malaysia untuk tindakan susulan situasi banjir yang melanda beberapa buah daerah di sabah.

Antara Daerah di Sabah yang terlibat Banjir Teruk saat ini Tenom, Keningau Beaufort - Air meningkat diparas Bahaya setelah hujan turun tanpa hentinya. Pemindahan mangsa juga dilakukan mangsa banjir yang terlibat hampir 2,600 penduduk dari 32 buah kampung sejak 24 jam lalu. - Tenom antara yang terjejas teruk. 

*Credit pic : Info Banjir, Refer info : mSTAR and via Twitter
Moga khabar adik-adik (yang pernah berprogram bersama) yang tinggal dikawasan berdekatan jua buat sahabat dan sodara disana dalam keadaan selamat. - Ayuh kita lantunkan mahabbah dan doa untuk sahabat dan saudara kita di sabah. #PrayforTenom #PrayforBeaufort #PrayforKeningau