March 5, 2014

Dark Horse,Kate Perry dan Muslim ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Isu video kate perry yang dikatakan mempersenda kalimah Allah masih lagi berlegar diruang sosial terutama twitter dan youtube. Umat Islam antara yang gempar dan terkejut dengan klip video lagu Dark Horse nyanyian artis terkenal Barat, Katy Perry. Dalam video tersebut memaparkan penggunaan kalungan bersimbolkan kalimah Allah pada minit 1:15, seorang lelaki yang memakai kalungan tersebut hancur selepas dibakar oleh kuasa magik Katy Perry. 

Turuti kisah keseluruhan jalan cerita yang cuba disampaikan menerusi klip video tersebut, secara jelas background music berunsurkan zaman Firaun di mesir dan Katy Perry diumpamakan sebagai Firaun yang mempunyai kuasa sihir. Video ini juga muat kisah sihir Firaun yang diketahui dalam sejarah sebagai amat kuat pada zamannya sebelum ditundukkan oleh mukjizat Nabi Allah Musa AS. 

Di bawah ini antara lirik lagu Dark horse' sehingga memasuki minit ke 1:15 yang terpampang kalungan kalimah Allah tersebut.

"So you wanna play with magicBoy, you should know what you're falling forBaby do you dare to do this?Cause I'm coming at you like a dark horse Are you ready for, ready forA perfect storm, perfect stormCause once you're mine, once you're mine (love trippin')There's no going back"
Khabarnya kalungan kalimah Allah dalam video tersebut telah dihilangkan secara editing setelah beberapa jam diupload selepas menontonnya juga pertama kali. Ianya juga mendapat kecaman hebat dari ramai pihak termasuk petition yang sahabat muslim kita lakukan. Tahniah atas inisiatif masing-masing dalam mempertahankan kesucian kalimah-Nya, maka Allah jua yang berhak balas langkah dan usaha kalian. Alhamdulillah - Admin video dan kate perry melakukan hal yang betul untuk menghormati agama islam amnya dengan membuang kalungan tersebut.


Tapi yang membuat kita sedih apabila isu sebegini keluar dimedia dan lapangan masyarakat, umat islam jadi liar dalam bertindak mengikut apa yang islam ajari. Bila melihat komen pada video tersebut, rata-rata muslim yang memberi komen, bertindak kurang cantik. Sebabnya "comment" di youtube tersebut adalah umum dan boleh dilihat oleh jutaan manusia, sementara yang mengaku muslim mengeluarkan kata kesat dalam komentarnya. Bagaimana bisa? 

Terpikat dengan komen seorang muslimah british di youtube tersebut, dan tidak sempat untuk printscreen komennya - lebih kurang berbunyi, "yang muslim sila jaga perkataannya" so deeply bagi saya. Muslim itu seolah hilang ethics dan moralnya bila berhadapan dengan serangan psikologi terhadap islam. Kelemahan ummat islam kini adalah bagaimana menuruti tindakan dan langkah yang islam ajarkan dan menurut sunnahnya rasul s.a.w

Jadi tindakan kita bagaimana dalam soal sebegini ? 

Firstly, letakkanlah iman dan akhlak kita, Sebelum komen dan kritik. - Islam itu bangun atau manusia zaman sebelumnya itu ikut berbondong-bondong ke dalam islam kerana islam miliki nilai etika, moral, akhlak yang tidak pernah diajari dalam agama lain. Keindahan dan kemurnian yang islam miliki cukup bagus dalam pengamalan seorang muslim yang baik. Maka tepatlah bahawa Rasulullah s.a.w cukup bagus untuk diteladani dalam hal yang seumpama ini - semoga kita menjadi antara hamba Allah "muslim" yang bertepatan dengan keindahan islam itu.

Wallahu'alam.