March 7, 2014

Jangan Berakhlak Sekadar di Pinggiran.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

" seriusnya berjalan " sapa seorang insan yang mungkin ku kenali.

" Allahurabb, ki ! apa khabar lama tidak ketemu " - sapaan pada sahabat lama sewaktu di bangku sekolah dan bertemu di medan program khidmat negara.

Panjang ceritanya apabila ketemu dengan kawan yang lama tidak bertemu - masa yang ingin ku percepatkan terpaksa ku lewatkan untuk menikmati detik nikmat pertemuan di pinggir bandar, laluan penjalan kaki.

Tidak ingin memanjangkan cerita - tapi aku memanjangkan penglihatanku pada seorang wanita ber"niqab" yang tengah berbual bersama "anak jalanan" perempuan, seusia' darjah 4 hingga 5.

Sambil dibawa bercerita oleh sahabat dekat, fikiranku tidak menjurus apa yang diperbualkan tapi mula memerhati secara faham situasi wanita 'niqab' dan anak jalanan tersebut.

Ini 'A' besar, dan ini 'a' kecil - kedengaran suara muslimah tu.

secara faham ku melihat, muslimah tadi sedang mengajarkan anak jalanan tadi, dengan abjad yang ditulisnya di atas sebuah kertas. - "Anak jalanan" definisi disini, kanak - kanak yang hidupnya hanya dipinggiran kota, dengan pemakaian yang lusuh tidak berwarna indah, mencari duit dengan meminta pemberian dari insan kota. Kelihatan riang kanak-kanak tersebut diajari oleh muslimah tadi.


Islam dalam kehidupan.

Pengalaman bertemu dengan insan sepertinya tadi, adakala menambah nilai erti kehidupan. Disamping "kepeningan" akan apalah nasib mereka dibumi ini, disisih masyarakat - difahami latarnya jahat dan dipergunakan, sementara hidupnya anak kecil tadi memerlukan dokongan mereka yang kuat terutama pemberian ilmu yang mungkin tidak diharapkan mereka dalam kondisi ketika itu. Islam cuba diterjemah oleh seorang muslim tadi terhadap kanak-kanak yang tidak berapa tahu islam dan muslim. 

Muslimah tadi ajari, bagaimana bertindak terhadap insan begini, walau sering bertemu kelompok mereka dibahu jalan. Mulia muslimah tadi, dia mengajari kanak-kanak jalanan tanpa meminta sebarang upah, mengajari tanpa mengherdik "bodoh" mengajari ertinya islam untuk diamati dan diamalkan teorinya. Mungkin keikhlasan menjadi pertaruhan dia dengan Tuhan-Nya.

Kanak-Kanak Dalam Peperangan vs Kanak-kanak Dalam Kemunduran.

Seusai membaca dan melawat lamannya saiful islam.com dalam entry "Jangan Beragama Sekadar di Pinggiran" mula membawa aku ke satu tahap yang menyatakan bahawa, bagaimana kita ingin merawat kanak-kanak yang menjadi pelarian dalam kes peperangan suatu hari nanti, jika kita tidak tahu merawat kanak-kanak yang dalam kes kemunduran dan diketepikan sepertinya anak jalanan tadi. Bagaimana terlepas memandang prihatin kepada kanak-kanak gaza, tapi lemah dalam memerhati kanak-kanak yang duduk di malaysia tidak kira apa negara dan bangsa pegangannya yang kini dalam kemunduran dan diketepikan? 

Bukanlah salah atau menyalah bahawa membela, prihatin serta menjadikan anak angkat gaza' itu tidak baik malah ia dianjurkan dalam agama, tapi sejauh mana kita memahami sudutnya malaysia yang kini mulai kebanjiran anak jalanan yang jelas memerlukan sokongan dan panduan. Belajarlah dari setiap negara yang wujud sama ada kondisinya perang atau lain-lainnya, jangan sampai kufur nikmat, senang dalam keamanan, tapi bila hilang keamanan atau diuji Allah dengan dicabut keamanan, mula kita meronta ditepian jalanan, yang pernah kita herdik suatu ketikanya.

Wallahu'alam