May 17, 2014

Happy Teacher's Day.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ken Keyes Jr. said: "Everyone and everything around you is your teacher"

Fikiran membenarkan apa yang cuba disampaikan oleh Mr ken about Teacher, Guru, Cikgu. Hatta orang mengajari kita suatu perkara, yang mana ianya memberi pengajaran dan ilmu baru bagi diri itu juga adalah guru atau cikgu sama ada formal or informal. Keadaan sekeliling mengajar suatu perkara agar menilai baik dan buruknya, yang akhirnya pilihan terletak pada diri sendiri. - Guru memberi ilmu, juga pada akhirnya seorang murid atau pelajar perlu membuat pilihan.

Terlalu banyak untuk diceritakan berkenaan seorang guru ! Dari guru yang mengajar kenal huruf A,B,C - Alif, Ba, Ta - 1,2,3 hinggalah kini, aku mengenali lebih dari ertinya A tadi.

Penghargaan for all of my School.

Berdirinya aku hari ini, dari didikan seorang guru. Guru yang tetap tenang dan sabar menghadapi karenah dan kenakalan dulu. Belum terlewat lagi - Selamat Hari Guru, kepada semua guru yang pernah mengajariku sama ada secara langsung atau tidak langsung, kelas atau diluar kelas.

Sakit dari sebatang rotan itu bererti. - cara kita menghargai guru, adalah cara kita menghargai masa depan.


May Allah Bless you, Aku hanya mampu bayar dengan aku membantumu mendidik didikanmu.

Credit Pic : HazmanHusni