May 2, 2014

Rehat yang Belum tentu Rehat !



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Bila mahu update blog lagi" ? sapa seorang sahabiyah dalam ruang komen di facebook.

Berputar-putar fikiranku, agaknya bila ada masa itu kembali, dengan mengetik' keyboard laptop untuk lakarkan kehidupan manusia yang penuh ragam, dan opera' hidup itu. Kisah hidup insan itu baik diamati, yang baiknya dan buruknya langkah insan dilihat dengan kacamata sederhana, tapi lebih baik mengamati kisah manusia yang diceritakan dalam kalam Allah s.w.t, kerna membacanya saja memberi pembacanya pahala dan bantuan di akhirat. Lagi dasyat kalau kita boleh fahami kedua-duanya dalam mengambil pelajaran dan pengajaran.

Agak lama juga tidak update blog. Post kali terakhir bertarikh 18 March 2014, hampir sebulan lebih lamanya berehat dari ruang blog. Moga bulan mei mengajak mengisi blog sokmo. Nak katakan tidak ada idea, berjalar ide' (kata orang indonesia)' dalam fikiran ini untuk dikongsikan. Rehat diruang blog itu mungkin berlaku, tapi rehat dari kerja dan gerak langkah dalam kehidupan dunia tidak pernah henti, selagi setiap insan itu ada matlamat dan tujuan hidupnya.

Suka memetika kata Syeikh Mohammad Ali As Sobuni hafizaullah, ulama dari negara syams (syria) - "Rehat orang mukmin hanya di alam barzakh". - menurutku adanya rehat itu, apa yang telah dijanjikan Allah s.w.t, tapi ada juga manusia tidak mendapat rehat di alam tersebut, sekalipun baringnya ia di liang lahad tersebut, demikian pandangan mata, tidak pada ghaibnya yang hanya Allah mengetahui. - semoga kita mendapat rehat yang sebenar dari setiap kebaikan yang kita lakukan.

Dr Syeikh Muhammad Ali As Sobuni (Kiri)

InsyaAllah. Selamat kita memasuki bulan Mei, semoga bulan ini memberi kebaikan dan lebih mengajak kita pada menabur kebaikan.

Wallahu'alam.