June 20, 2014

Ramadhan : Doa dan Harapan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah ! masih dikurnia nikmat untuk menaip sesuatu yang bermanfaat, insyaAllah buat semua. Mulakan hari dengan sesuatu yang mem'positifkan diri kalian. Walaupun khabarnya England tewas dikaki Uruguay, ianya bukan penghalang untuk kita tetap bisa mencipta hari yang hebat. Kisah piala dunia, bakal memasuki round 3, penentuan ke peringkat kalah mati. Tumpuan semakin tajam untuk predict siapa yang bakal ke final. Apa yang pasti jangan biar piala dunia tadi menutup tumpuan kita untuk melakukan persiapan menyambut kedatangan piala ramadan. Ambillah jalan wasatiyyah - kesederhanaan


Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Dunia kini dilimpahi dengan doa orang yang beriman, yang mengharapkan bertemunya ramadhan :
"Allahumma Ballighna Ramadhan."

Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;

“Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” [Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Hal yang demikian seharusnya menjadi ikutan bersama, yakni setiasa berdoa dan menyiapkan diri dengan kedatangan bulan ramadhan dan tidak menunggu bulan ramadan untuk melakukan perubahan.

Perihal yang dilakukan oleh rasul s.a.w terhadap sahabat baginda tadi terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita? Semoga kali ini adalah ramadahan yang terbaik pernah kita jalani.

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Doa dari mereka yang mengharapkan ganjaran besar dari ilahi, yang tidak didapati dalam bulan-bulan lainnya. Keutamaan bulan ini mengatasi keutamaan bulan-bulan yang ada dalam kalendar hijri.

Dengan semakin hampirnya bulan ramadan, berharap kita juga semakin siap untuk menjalaninya dengan mengharapkan meraih redha ilahi? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Piala Ramdhan kali ini. Dari keyboard mujahid siswa, semoga ramadan kali ini menjadi ramadan yang menjadi bantuan kita memasuki pintu ar rayyan.

Wallahu'alam

Lawati Facebook Page Ramadhan D'Hati untuk mengetahui dan menyertai Aktiviti dan Program yang bakal kami adakan sebelum, dan semasa bulan Ramadan.