June 16, 2014

Video Pendek Sempena Ramadan D'Hati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahlan wa'sahlan, blog Mujahid Siswa mengajak kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, untuk menyertai pertandingan mencipta video pendek yang merupakan satu salah satu aktiviti yang dipertandingkan dalam pertandingan Semarakkan Ramadan D'Hati. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah :

“Sebarkan Kebaikan, Maknai Ramadan”.
 
Credit photo : KPM


Terma & Syarat :

Pertandingan ini terbuka kepada semua muslim dan muslimat (non-muslim yang berminat dialu-alukan)

Penyertaan dalam bentuk kumpulan. (single penyertaan adalah diterima)

Durasi penyertaan : 2-5 minit
Tarikh penyertaan : 16 Mei 2014
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 jun 2014

-Video yang dihantar mestilah karya asal peserta dan sebarang peniruan akan dibatalkan penyertaan.
-Yuran penyertaan berjumlah RM 10.00
-Hantar karya video pendek anda beserta dengan borang penyertaan dan wang penyertaan.
-Borang boleh didapati melalui online di facebook page Ramadan D'Hati
-Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
-Keputusan pihak juri dan penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
-Hadiah lumayan berbentuk wang tunai bagi pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga dan        akan diumumkan di media sosial utama.
-Pemenang akan diumumkan melalui facebook dan blog rasmi program.

Berkhidmat untuk Islam, 

Sekretariat Semarakkan Ramadan D'Hati