July 24, 2014

MH17 : Keadilan yang Dituntut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nahas udara terlalu memilu
rintih takziah sequdus qalbu.
doa mengiringi 
moga Allah rahmati dan berkati.

Hari ini masuk seminggu nahas MH17 - Sebelumnya, dari meja mujahid ingin ucap takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat nahas MH17, semoga Allah s.w.t mengampuni dan merahmati saudara kita yang terlibat dalam nahas tersebut. Sungguh mereka yang dianiaya atau teraniya akan mendapat pembelaan yang sewajarnya di akhirat kelak.

Duka sedih membaluti ramadan kali ini - tidak hanya kondisi yang semakin tegang di bumi palestin tanpa ada pembelaan yang sewajarnya dari pihak united nation (UN), tetapi kita merakam tahniah kepada semua lapisan masyarakat dunia yang bersolidariti untuk palestin baru-baru ini sehingga saat ini. semoga kecaknaan kita terhadap bumi palestin menjadi jawapan kita dihadapan Khaliq, tidak hanya cakna, justeru ayuh menyumbang dari segala apa yang kita boleh sumbangkan. 

Umum mengetahui bahawa Palestin sejak beberapa hari yang lepas telah diserang oleh penjenayah antarabangsa israel zionis. Tetapi apa yang menjadi kesedihan kita juga buat negara dan rakyat malaysia khasnya, terhadap apa yang berlaku pada pesawat MH17 yang terhempas di sempadan antara ukraine dan russia 17 haribulan 7 yang lalu. 

MH17 is not MAS issue ! It a national and internatonal security issue ! 
let's fight as a country ! - Yusmadi Yusof
Agak terpukul dengan kesudahan pentas dunia kini yang semakin gila langkahnya, nilai rakyat/orang awam menjadi taruhan suatu krisis dan konflik, lihat saja dibumi syria yang kini mencapai kematian hingga beratus ribu nyawa, krisis rohingya, konflik MH370, war criminal by israel, dan yang terbaru konflik Ukraine-Rusia-Us, MH17 jadi mangsa konflik utama antara tiga pihak ini. Dimana letaknya sebenarnya kefahaman terhadap nilai kemanusiaan ini dimata setiap negara yang terlibat.


Tidak hanya kutukan keras malah lebih dari itu adalah tindakan yang keras perlu diambil, ditujukan kepada negara atau kelompok yang terlibat dalam tragedi menembak pesawat MH17. Berharap isu MH17 ini mendapat keadilan yang sewajarnya dan siapapun yang bersalah hatta dia punya kuasa veto atau kuasa besar dunia ! maka perlu dihukum selayaknya dia membunuh nila kemanusiaan sejagat. Jika tidak, ianya akan terus berulang kalau tidak MAS pasti pada pesawat penerbangan yang lain, walau sekalipun sebuah negara menjadi taruhan atas konflik dan krisis manusia yang merosakkan manusia dan bumi-Nya.

Wallahu'alam