August 11, 2014

Erdogan, AKP, Turki : Saat Kemenangan untuk Semua


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini bicara Siasahku - Setinggi ucapan tahniah buat idola saya dalam pentas siasah di turki Recep Tayyip Erdogan di atas kemenangan beliau melalui Parti Keadilan & Pembangunan (AK Party) dalam pemilihan Presiden semalam tanpa perlu melalui pusingan kedua. Pilihanraya Presiden 2014 semalam mencipta sejarah sebagai pilihanraya Presiden pertama yang dibuat secara demokrasi, di mana sebelum ni pemilihan presiden hanya dibuat dengan pemilihan oleh ahli Parlimen Turki (Grand National Assembly) sejak 91 Tahun lalu.
 
Credit pic : Anadolu Agency

Erdogan berjaya merebut jawatan Presiden selepas memenangi pilihanraya local march lalu dgn kemenangan selesa dan kemungkinan yg paling besar slpas menang kali ini adalah beliau bakal cenderung kpd de jure presidential system, Presiden mempunyai kuasa penuh dalam legislatif dan eksekutif, bahkan juga judisiari serta ketenteraan, dan ianya perlu pada pindaan perlembagaan. Lihat sistem Pres Putin di Rusia., dan sistem pres di amerika.

Bagaimana soal perdana menteri? saya berharap abdullah gul dapat menduduki posisi itu, tetapi dalam kenyataan Abdullah gul sebelumnya yg mengatakan bhwa tiada perancangan untuk politiknya akan datang, maka Erdogan pastinya memerlukan PM yang boleh diberi kepercayaan olehnya dalam mengemudi bahtera pentadbiran Turki bersamanya.

ISLAMISASI ERDOGAN?

Saya tidak melihat adanya agenda tersebut dan tidka berapa suka juga menyentuhnya banyak kali, jika benar sekalipun, kemenangan semalam telah memberi kelebihan kpdnya dalam meletakkan islamis diposisinya menggantikan sarang sekular, dan ini pastinya bukan mudah, bila melihat agenda islamis yg pernah dibawa oleh naqib Erdogan, Erbakan. Tapi kali ini punya dua keadaan yg berbeza, pendekatan berbeza, pemimpin yang berbeza, yang jelas demokrasi menjadi alat utk islam kembali di bumi turki dan ini Berbeza di Malaysia.

Mendukung Isu Gaza, Syria, Mesir, Rohingya, Pro Hamas, Anti Sisi dan Israel itu tidak memberi tafsiran kepada kita bahawa Erdogan bersama agenda islamisnya kerna apa yang dibuatnya adalah untuk keadilan sejagat yang menjadi prinsip setiap negara dan ianya juga adalah matlamat islam yakni memberi keadilan yang selayaknya, menegakkan kebenaran yg sepatutnya.

Saya lebih gemar melihat Erdogan dengan modul kepimpinannya, economy, track-record cemerlang yang dipegangnya selama 12 tahun memerintah, pengurusan pentadbirannya (good governance) dan 'Citizens Tarbiyyah' yang dilihat menjadi kredit kepada kekalnya Erdogan dan AKP dipentas pentadbiran dan pemerintahaN Turki. Soal ketegasan dan keprihatinannya juga terhadap isu hak asasi kemanusiaan dan antarabangsa spt pelarian syria dan palestin juga dilihat yg mnjdikannya pilihan pengundi luar negara dgn kemenangan 65.37% undi - Soal utama adalah memberi kihdmat layanan yg baik kepada mereka yg baik dizalimi.

Kemenangan semalam juga, dapat meneruskan gagasan agenda dan visi Turki moden dan maju pada tahun 2023, 2053, 2071 yang diasaskannya.

GULEN DIMANA ?

Fethullah gulen bukan calang-calang tokoh ilmuwan islam, saya berpendapat mereka seharusnya kembali mendukung aspirasi Erdogan dan aspirasinya untuk komuniti islam dunia. segala perbezaan haruslah ada dimeja rundingan. Perseteruan antara pemimpin islam ini harus segera ditamatkan dan bersama-sama terlibat dalam membangunkan Turki dan ummah yang lebih maju dan disegani oleh dunia.

MEDIA ANTARABANGSA.

Seperkara yang kita boleh lihat bagaimana Erdogan menghadapi serangan yg di dakwa olehnya didalangi tangan-tangan luar dengan bijak dan pantas. Erdogan dilihat lebih bijak dan pantas dalam mengurus respon dan plot mainan media atas beberpa isu contohnya Gezi Park, Isu Rasuah, dan beberpa isu lain, tegas erdogan ianya adalah satu plot antarabangsa yg menggunakan pihak lokal untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan AKP. Tegas Erdogan lagi kepada penyokongnya di seluruh turki dan hasil daripada tindakannya ini berjaya meraih kembali sokongan dan membersihkan nama partinya.

Tertarik dengan ucapan Erdogan semalam di Ankara dan lessons daripada Pilihanraya Presiden Turki, Intipati yang perlu dipelajari kita dimalaysia :

1. Pembangkang yg ada seharusnya bekerja sama dalam memberi khidmat dan nasihat mereka utk membangun negara yg lebih baik dan bukannya bersaing didalam polemik yang tiada hentinya. Bersaing secara sihat itu yang kita perlukan. Bekerja samaada, ada kerusi atau tiada kerusi, ada jawatan, tiada jawatan, berstrategilah tanpa kuasa atau dengan kuasa.

2. Pembngkang x bererti menilai hitam sesuatu yang putih atau sebaliknya. bekerja sama dengan kerajaan dalam hal membangun negara dan menjaga keamanan dan kedamaian adalah lebih utama, daripada melaung erti keadilan dan perpaduan, tetapi menjadi pembunuh senyap keadilan dan perpaduan.

3. Tidak memakai politik diskriminasi terhadap penyokong dan lawan politik. Adillah sekalipun bermusuh. Melakukan kerja 'menjelekkan lawan' tidak akan memenangkan kuasa rakyat didalam memilih.

Ini cebisan pendapat yg murah daripada saya yg dapat dkongsikan sepanjang kempen dan perjalanan pilihanraya di turki untuk kita di malaysia. matlamat kita tetap sama, menjadikan malaysia lebih baik, membangun dgn islam, mengUkuhkan keadilan dan kesejagatan ummah,sehingga tiada insan yg terpaksa mengemis makan dan duit dicelah restoran dan warung. PM, TPM, Ketua pembangkang, PR, Rakyat, Mahasiswa, Pelajar sekolah, Penjual Kain, Bangla, masing-masing ada tugas dicelah kerja mereka untuk masa depan sebuah negara.

Akhirnya, Ini mesej Erdogan kepada Dunia :


"Bukan hanya Turki saja yg menang. Baghdad, Islamabad, Kabul, Beirut, Sarajevo, Skopje (ibu kota Makedonia), Damaskus, Alepo, Tripoli, Ramallah, Gaza, dan Al-Quds juga 
memperoleh kemenangan hari ini.”

Azri Al Fateh
Pemerhati Politik Anak Muda
Student Bac. Political Science