August 1, 2014

Mujahid dan Eid Mubarak : Part 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"musim raya begini jangan banyak sangat minum air ber'gas" 

"perut kita baru nak menyesuaikan keadaannya setelah sebulan berpuasa..

" jadi bila ianya ditekan dan diberi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang tidak berjaga, kesan pada tubuh badan kita sendiri" - sembang seorang guru ahli akademik

Rasanya tidak dinafikan dalan syawal kali ini, bahkan syawal-syawal sebelumnya kita digasak dengan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk memenuhi jamuan dari tetamu. saya sendiri tidak terlepas dari minuman-minuman jenis yang ber'gas ini, sampai satu tahap saya sendiri bila bertamu meminta air mineral diakhir ziarah itu tujuannya untuk mencuci minuman yang sebelumnya telah saya minum. harapnya minuman dan makanan sebegini kita dapat limit'kan, badan kita pun ada haknya. 

Ziarah tidak semestinya perlu dihidangkan makanan dan minuman yang "boom" tapi ala kadarnya, juga buat yang menziarahi, sekalipun ada 10 rumah nak diziarahi, tidak menjadi masalah, yang penting dijaga makan dan minumnya dalam masa yang sama tidak mengecilkan hati tuan rumah (bukan tak nak makan).

Banyak yang nak saya kongsikan kepada anda, dan pastinya anda pun ada cerita raya yang tersendiri. Apa pun suasana raya anda, semoga raya eidulfitri memberi sejuta makna, terutama buat diri sendiri, bahawa hakikat setelah perjuangan murni itu ada hadiah yang menanti, tidak saat itu ! akan datang ! tidak akan datang, diakhirat pasti dibayar - raya yang kita nanti adalah syurga yang kekal abadi. InsyaAllah next entri' saya muatkan perkongsian raya part 2, kerana saatnya perlu beredar untuk teruskan gerak kerja ziarah dan menziarahi.


Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya AidilFitri dari saya Azrialfateh dan sekeluarga, maaf jika ada silap dan salah atau ada post yang buat terasa hati atau benci, ianya tidak melarikan niat saya untuk memberikan yang terbaik buat diri ini dan komuniti blogger.

Taqabalallahu minna wa minkum. 

Salah satu tanda tarbiyyah Ramadhan kita yang lepas berjaya adalah apabila kita berubah ke arah yang lebih baik walaupun se-inci. 

Wallahu'alam