August 6, 2014

Mujahid dan Eid Mubarak : Part 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Siulan angin, seirama rentak bayu,
Hembusan rindu berbaur kenangan lalu
Disinilah kami bertamu,
Asalnya bangunan kayu, 
Persahabatan kami bangunkan batu,
Menunggu setiap mereka yang pernah lalu,
Bahawa sedetik bersamamu
Ada nilai sejarah dalam dakapanku.

Raya kali ini tema agak friendly, ruang masa bersama keluarga sebelumnya, selebihnya diberikan untuk melepaskan rindu dan ingatan pada teman yang entah berapa tahun tidak bertemu. Pertama kali berkumpul bersama mereka setelah berpisah dengan laluan masing-masing ketika dibangku sekolah menenggah. Maka datanglah amnesia pada nama, walau wajah terkadang hadir sama dengan yang lalu, tetap wajah kini mereka lebih hensem' cantik' simple' dan indah dengan sentuhan dan ciptaan-Nya

Tidak tahu ingin mula dari mana? Tapi cetusan fikiran terus berjalan mengetik setiap huruf keyboard kerana ingin sesuatu dikongsikan. Alhamdulillah, hari ini masuk ke 10 syawal, terlalu pantas masa berjalan. keliling kita masing-masing dengan mood sendiri. Berlegar sifat dan perasaan, ada yang masih dengan mood raya rumah terbuka, mood puasa enam, mood ramadan, mood kerja kursus or assignment di kampus, sekolah atau tadika dll. Semoga gembira disamping keluarga, sahabat handai tercinta.

Puisi diatas, nukilan buat sahabat-sahabat yang baru-baru ini bertemu, ketika sesi ziarah raya ke rumah sahabat-sahabat lama, mereka sahabat sewaktu dibangku Sekolah Rendah. Banyka cerita, cerita yang akan penat jari jemari ini sebelum sempat habis kisah mereka satu persatu, lirik kisah mereka yang telah berkahwin, yang mempunyai anak, yang kini cuti semester diploma or degree, final sem, bekerja, dan banyak lagi. 

Ketahuilah bahawa pada kehidupan insan yang lain, ada ruang untuk kita seluk diri, ambil pengajaran, positifnya kehidupan, buang segala drama negatif wayang dan melihat sisi motivasinya, kerna mungkin saja engkau melaluinya tapi berbeza saat dan keadaannya. Maka tetaplah optimis dan bersangka baik dengan Tuhanmu. Mohon doanya semoga mereka, saya dan kalian tetap dalam kebaikan. Saya diajarkan, agar berpisah dan bertemu itu kerana Allah s.w.t

Sebahagian dari teman dibangku sekolah rendah, Alumni SK Perdana,
gambar ini ketika ziarah raya baru-baru ini, dirumah sahabiyah Nur Hafsah


Berbeza kefahaman agama, tapi tetap sama kefahaman 
erti persaudaraan dan persahabatan.

Wanda dan Amira

Cebisan raya kali ini juga, usai dari ziarah rumah sahabiyah 2 syawal 1435 hijrah yang lalu, habis saya dibuli dengan gaya, pukulan dan keriangan anak makcik dan pokcik sahabiyah tadi yang jenis hiperaktif child, but i'm feeling happy with them. Mereka tidak lekang dengan ketawa dan senyuman. 

"Kanak-kanak biasalah dengan zaman nakal" - Sapaanku pada kak saudaranya 

Nakal yang mereka sendiri belum mengerti.

Melihat wanda secara hadapan, sangkaan hati, cukup ayu dengan pemakaian dan wataknya, tapi bila disapa dan ditegur selincah dan semacam lelaki sikit. Apa-apa pun, mereka kanak-kanak yang hebat. To Amira semoga diberi kesihatan dan kesembuhan oleh Allah. (Amira mengalami masalah kesehatan terutama penyakit asma' tahap sederhana) tapi riangnya tidak dapat ditampung oleh kekuatan fizikalnya.

Kemana Raya Kita ?

Raya kali ini ada nilai persaudaraan dan persahabatan yang perlu digenggam erat, agar hari raya bukannya label bersama saudara mara, keluarga, duduk dirumah tetapi jiran tetangga dan sahabat handai. Jika kita dapat pupuk nilai ini, Raya 10 Tahun akan datang pun, kita tetap hidup dengan sifat amalan ziarah menziarahi yang semakin tahun kedepan hari ini, ianya pupus ditelan dek kemodenan teknologi menziarahi manusia.

Wallahu'alam.