August 15, 2014

Open House Nuffnang 2014


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam jumuah yang barakah, semoga tetap dalam Lindungan dan Mahabbah ilahi. Alhamdulillah, kita masih dibulan Syawal | 19 syawal 1435 hijrah, dan baru-baru ini mujahid ada buka email and have received nuffnang email, Jemputan Open House Nuffnang 2014. 

Tampak menarik pastinya. Berharap dapat join open house kali ini. Berkaitan event anjuran Nuffnang, rasanya mujahid baru 2 kali menyertainya. 

Jemputan #NNRaya Open House 2014


Dengan kerjasama dari Ambi Pur dan Umobile (official partner) bermacam aktiviti yang bakal diadakan semasa majlis berlangsung, bagi memeriahkan lagi suasana rumah terbuka nuffnang. Ayuh sertainya jika terpilih - Jemputan ini hanya akan diberi kepada 120 orang yang terpilih sahaja.
                                                         
Macam mana nak terpilih?

Kalau nak terpilih ke rumah terbuka Nuffnang ni anda harus sertai syarat-syarat yang telah disediakan oleh Nuffnang. Tak susah mana pun syarat yang diberi, tapi kena secepatnya hantar penyertaan tersebut sebelum 17 Aug 2014 (Ahad). *TakeNote jangan lewat sangat hantar penyertaan, sehari sebelum. Apa-apa pun, untuk mengetahui syarat dan maklumat lanjut, anda boleh klik masuk ke Blog Nuffnang 


Mana-mana blogger yang berkesempatan untuk hadir, ayuh set tarikhnya dan boleh lah sama-sama memeriahkan open house Nuffnang 2014.

InsyaAllah juga kalau saya terpilih dan dapat pergi ke open house Nuffnang 2014 kali ini, semoga boleh mempertemukan dengan blogger hebat serta meluaskan jaringan kenalan blogger dengan lebih dekat lagi. 

Selamat Hari Raya.

Wallahu'alam.