August 28, 2014

Tetap dengan Sangkaan yang Baik.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Azri... - Sapa seorang sahabat dalam kesesakan ruang bas pengangkutan awam

Mengambil masa untuk tatap seketika wajah yang memanggil tadi, cuba mengingat semula. 

Farah.. Ain, (semua nama disebut gelak seketika)  

Farah.. - sambutnya

Rasanya zaman kanak-kanak terlalu lama sudah ditinggalkan untuk diingat, dan menggunakan teknik plot imbas muka itupun memerlukan sedikit masa sehinggalah benar-benar mengenali. Sebenarnya, siapa yang ada kuasa mengingat (bukan kuasa dragon ball) nama atau wajah, pasti dia seorang yang menghargai persahabatan dan pertemuan. Hasan al banna adalah ilham saya untuk tetap mengingat setiap nama dan wajah, agar ukhuwwah dan persaudaraan itu tetap terjalian dan dibina. Kekadang bertemu serakan sosial di twitter dan blog pun kerap berlaku. Dunia ini terlalu kecil untuk melupakan iras wajah sahabat atau rakan yang mungkin semeja disekolah rendah atau di kampus.

Perbualan kami dibas ketika itu panjang, cerita tidak berhenti sehingga salah seorang turun dari bas setelah sampai destinasinya. Sepanjang tidak bertemu itulah ceritanya.

"zaman sekarang payah nak cari kerja, dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi, itupun belum dengan pelaksanaan GST  tahun depan tu." - Bual Farah kepadaku.

Aku membalas dengan positif setiap bualnya, duduk dimalaysia ini, sudut mana yang tidak di uji hatta ujian yang Allah timpakan kepada kita dengan sikap seorang pemerintah atau pemimpin - kita hanya rakyat marhaen. Berkaitan GST, sejujurnya bisa aku ungkapkan dan bualkan kepadanya. Ternyata dia juga sedari hal yang sama.

JUJUR ATAU TERLUPA ?

Senang dengan perbualan, sementara menunggu bas jalan - disudut bas, konduktor mengutip tambang bas yang, aku membayar dengan lebihan yang sepatutnya dikembalikan. Tidak juga aku menegur, harapnya dia jujur untuk kembalikan baki wang tersebut - kerana tidak mungkin dia lupa sedang itu aktiviti hariannya di situ. Apa yang berlaku sebaliknya. Wang tadi tidak dikembalikan.


Menguji dirinya untuk jujur, atau mungkin dia yang terlupa - apa yang pasti ia menurut perniatan konduktor tadi, jika dia terlupa, duit tadi hadiah dan sedekah buatnya dari Allah, kalaupun dia buat-buat lupa dan sengaja melakukannya, tidak juga menyumpah, malah sedikit senang hati - mungkin duit yang pergi boleh menyucikan lagi hati dan harta. Untuk bisa berbaik sangka carilah seribu alasan.

Wallahu' alam