September 26, 2014

Necmettin Erbakan : Pengorbanan yang Ganjil


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kali pertama mengenali Prof Necmettin Erbakan ketika awal dibangku kampus Politeknik Kuching Sarawak 2010. Ketika itu, perbincangan kami, saya dan beberapa orang, mengenai Muhammad al Fateh dan konstantinopel, hinggalah menyentuh soal Istanbul hari ini yang ada dibawah khidmat Recep Tayyip Erdogan.

Mengenali Muhammad al fateh membawa saya kepada siapa yang menyambung legasi uthmaniyah dan kepimpinan hebat konstantinopel, Islambol, dan Turki Hari ini. Maka kenallah antaranya era Sulaiman al Qanuni, Sultan Abdul Hamid II, sehinggalah kepada Mustafa Kamal Atarturk, dan seterusnya aku mengenali Prof Erbakan. Garis masa itu terlalu panjang dan sepanjang itulah mengenal jatuh bangun Ummat Islam.

Necmettin Erbakan, lahir 29 Oktober 1926. Beliau merupakan sosok ahli politik yang berlatar belakangkan profesion sebagai seorang jurutera dan ahli akademik. Kemuncak karier politiknya ketika dilantik menjadi Perdana Menteri Turki Tahun 1996 hingga 1997.

Jawatan setahun itu terlalu pendek untuk membuat banyak perkara, perjalanan sebelum, semasa, dan selepas memegang tampuk Perdana Menteri bukan menjadi inti utama penulisan kali ini tapi soal pengorbanan ganjil yang dilakukannya. Apapun perjalanan hidup ini, Itulah dugaan dan cabaran perlu ditempuh.

Membaca perbualan Ustaz Hasrizal B Jamil dan Fatih sahabatnya di Turki agak menghidupkan pandanganku selama ini terhadap Prof Erbakan. Perbualan ini anda juga boleh temui melalui buku Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi

Fatih, saya sudah lama menunggu untuk bertanya kepada kamu soalan yang rumit ini. Saya tahu, saya tidak boleh mendapat jawapan melalui akhbar. Saya perlu bertanya kepada kamu mungkin juga kepada Pak Cik Mehmed,” – Soal Ustaz Hasrizal kepada Fatih

“Tentang apa?” – Tanya faith

“Kali terakhir saya dating ke Turki sebelum ini adalah pada tahun 2003. Sepuluh Tahun yang lalu. Ketika Itu Ustaz Erbakan sudah pun membawa haluan yang berbeza daripada Erdogan. Namun, pada akhir hayat Ustaz Erbakan, saya rasa pendapat-pendapat belaiu sangat tajam menentang Erdogan. Mengapa ya? Pasti ada sesuatu yang tidak dapat baca di akhbar.” - Ustaz Hasrizal Bertanya.

Membaca dengan tekun perbualan panjang mereka, sampailah kepada sahabat ustaz hasrizal, fatih mengatakan bahawa Prof Erbakan melakukan pengorbanan yang ganjil :

“Erbakan memberitahu ayah dan rakan-rakan lain yang hadir, beliau mengambil keputusan untuk menentang Erdogan, menyerang dan memperlekehnya. Beliau membiarkan dirinya dipandang sebagai “Orang Tua yang bodoh” asalkan rakyat menyokong Erdogan. Sebab Itulah Ustaz Erbakan mengeluarkan pendapat yang pelik dan tidak layak untuk seorang bijaksana seperti beliau.”
Ustaz Erbakan merelakan dirinya dikenang sebagai seorang ahli politik yang gagal, asalkan Erdogan di-sokong oleh rakyat, dan Turki dapat diselamatkan!” Jelas Fatih

Ustaz Hasrizal tergamam mendengarnya dan tidak tertahan airmata beliau, saya pula sebak dan terkejut membacanya. – Persoalan yang Ustaz Hasrizal kemukan kepada Fatih, adalah persoalan saya 4 Tahun lepas selepas mengenali dan membaca latar cerita, mengapa Prof Erbakan menentang RT Erdogan, sedang mereka umpama adik dan abang, guru dan murid. – Hati ini sejak 4 tahun yang lalu hingga kini hanya bisa mampu untuk ber'husnudzon dengan apa jua cerita dan dokumentari buruk mengenainya, sehingga saat soalan ini terjawab dalam penulisan ustaz hasrizal.


Disebalik kejayaan Erdogan dan sokongan besar-besaran untuk AKP, sehingga kejayaan terbaru mereka yang mana Erdogan dan AKP memenangi Pilihanraya Presiden  Turki dan Pilihanraya Local bertitik tolak dari seorang guru yang mengorbankan sirahnya untuk kelangsungan perjuangan si anak murid. – Tidak menafikan kepintaran dan kebijaksanaan Erdogan didalam memerintah dan mengaplikasi (belajar) sejarah lalu untuk sambungan siri penawanan islambol.

Ahad, 27 Febuari 2011, Di masjid Al Muhandissin, Politeknik Kuching Sarawak – Ku ingat langit agak redup, khabar kepergian seorang yang mencintai kebaikan untuk negaranya, Itsar terbesar kepada muridnya.

“Sanggup membiarkan sirah perjalanannya dibaca songsang, asalkan apa yang utama, terus diutamakan”- Ustaz Hasrizal, Menalar Makna Diri


Semoga Allah merahmati Hoca Erbakan serta mengampuni segala dosa-dosa beliau dan ditempatkan dikalangan para solehin dan syuhadah. Amin.

Wallahu'alam