September 25, 2014

Pemuda : Kebaikan Hari Ini dan Masa Depan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saatnya bas awam itu bergerak menghantar setiap dari penumpangnya ke destinasi.

Pakcik nak balik, Jomlah sekali ? sapa driver bas sejurus melihat seorang pakcik berusia, yang mungkin dia mengenalinya.

Pakcik ! Pakcik boleh duduk sinilah pakcik, biar saya saja yang berdiri – sapa anak muda suaranya dari belakang tempat duduk.

Situasi mudah - Bas ketika itu penuh dengan penumpang, kehadiran pakcik tadi terpaksa berdiri sebelum pemuda tersebut memberi laluan kepada pakcik berusia untuk duduk.

Dalam banyak-banyak pemuda yang ada didalam bas tersebut, pemuda tadi itu yang mendahului kebaikan yang muncul, aku tersenyum sedikit malu juga ! – malu bukan sebab apa, tapi malu terlepas kebaikan yang didatangkan Tuhan. Tetap akan ada, dan kita mengharapkan agar budaya menghormati yang tua, ini terus subur dikalangan anak muda hari ini. Hatiku sapa, pemuda itu bertuah, juga kita perlu bertuahkan pemuda masa depan dengan tinggalan nilai yang baik dan menyuburkan kebaikan – itu sunnah rasul s.a.w, memudahkan urusan orang lain dan mengajak dengan perlakuan kepada kebaikan. Pakaian tidak perlu jubah, kopiah, tudung labuh, purdah untuk menyeru, melakukan dan mengajak kepada kebaikan. Tidak hanya di masjid, sayyidul ayyam (penghulu hari, jumaat), Ramadan untuk menunggu saat melakukan kebaikan.


Agama islam ini adil, sudah tentulah yang mencipta agama ini lebih maha Adil ! kita mengajak, melakukan dan menyeru kepada kebaikan InsyaAllah akan diberi kebaikan yang sama kepada diri kita. – bezanya masa, tempat dan keadaan.

Setiap dari kita bercita-citakan untuk mempunyai masyarakat yang nilai etika dan akhlaknya terbaik, saling tolong menolong, menyeru kepada kebaikan, menyebarkan kebaikan serta mengajarkan kebaikan. Masyarakat seperti ini pernah wujud ! Cuma kita hilang sejarahnya untuk dipelajari umum.

Kal Ho Naa Ho (Esok Mungkin Tiada)

Aman, seorang pemuda.. jika anda pernah lihat filem ini, pasti kenal dengan watak  bernama Aman – Watak seorang yang ceria, positif, happy go and go. Cuma disini kita bukan nak bahas plot, watak utama dan sampingan seperti di sekolah menengah, tapi kita nak lihat dan ambil iktibarnya what aman showed with us dan apa nilai islam yang ada didalam filem itu ?

Pertama kali Aman hadir, ia menyatukan antara penduduk kawasan sekitarnya – mengajak jiran yang dianggapnya seperti keluarga supaya tetap kuat dan mencuba. Mengajar bagaimana untuk senyum dan menghargai kehidupan kerna mungkin esok tidak akan datang – didalamnya juga, terselit apa yang diajarkan dalam agama ini yakni islam dan menjadi sunnah rasul s.a.w iaitu memudahkan, membantu urusan orang lain serta itsar, mendahulukan orang lain daripada diri sendiri - walaupun ada part yang kita tidak berapa setuju, tapi kita fully setuju dengan beberapa tindakan aman tentang kehidupan.

Apa yang sedang kamu minta dan berdoa dengan Tuhan, sedang hadiah dan kehidupan ini tidak pernah dihargai – Aman, Kal Ho Naa Ho


Kepada kita, masih punya masa, janganlah jadi perenung terhadap kebaikan yang orang lain lakukan, tidak rugi melakukan kebaikan janjiNya - marilah kita semai kebaikan, mengajarkan kebaikan, menyeru kepada kebaikan agar ada juga saham yang kita boleh bawa ke kampung abadi yakni kampung akhirat. Satu perkara lagi, perihal dan istilah kebaikan janganlah disempitkan.

Apa yang pasti ‘Kal Ho Naa Ho’

Wallu'alam