November 27, 2014

Kebakaran Rumah, Kebakaran Hati.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"Apa punca kebakaran" ? - Tanya saya kepada seorang pelajar 

"Memasak". - Jawab pelajar, yang memandu kami ke tempat kebakaran

"Makcik tu memasak, kemudian makcik tu ke kedai runcitnya yang berdekatan, disebabkan terdengar ada orang yang datang membeli"

"Terlupa punya pasal ! kembali ke rumahnya beberapa lama ketika, pintu terkunci" - api muncul dan kian besar, - bual panjang pelajar tersebut.

Insiden kebakaran tadi telah mengakibatkan 30 buah rumah kebakaran - dari dialog kami tadi, sebab utama kebakaran adalah kerana kecuaian dan kealpaan tuan rumah.

Api merebak cepat, dengan bantuan angin menghalakan api ke setiap rumah yang berdekatan.

Mangsa kebakaran ditempatkan di perkarangan masjid yang tidak jauh dari lokasi kebakaran. Ada juga keluarga terlibat yang menetap di rumah saudara mara.




Tengaharinya, sehari selepas kebakaran itu berlaku kami datang menyampaikan sumbangan yang dapat dikumpul dari orang ramai - berkongsi kesedihan dengan apa yang berlaku, membantu apa yang termampu, sama ada bentuk wang, tenaga, masa, pakaian dan lain-lain. Tahniah Unit Amal Malaysia bertindak pantas dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa kebakaran, semoga Allah menilai ianya sebagai amal jariah.

Dua Kebakaran

"Tadi sempat solat asar berjemaah di masjid, kaum ibubapa lelakinya solat, tapi yang ibu-ibu, wanita termasuk anak perempuannya tidak solat, mungkin ABC atau tiada telekung" ! - keluh cikgu aziz

Cikgu Aziz cuba bersangka baik, bisik hatiku

Kalaupun mungkin disebabkan ABC atau tiada telekung, kita boleh bertimbang fikir.

Atau kita nak bertimbang fikir lagi ringan, dengan mengatakan mereka masih trauma jadi susah nak solat? 

Kenapa kebakaran yang datang, tidak membawa hati mengadu nasib kepada Tuhan Allah?

Tampaknya bukan saja kebakaran rumah yang berlaku, tapi kebakaran iman dihati yang rasanya telah lama berlaku.

Mereka yang menjaga imannya atau hatinya dari kebakaran, pasti dapat hikmah lebih besar dari kebakaran rumah yang berlaku. Kebakaran rumah tadi, berpunca dari kelalaian dan kecuaian, benar !

Dalam banyak-banyak kecuaian dan kelalaian yang pernah kita lakukan, sama ada hilang wallet, IC, Duit, Handphone, Laptop dan macam-macam lagi bentuk harta benda kita semua itu ada tujuan.

"Everything happens for a reasons."

Kalaulah dengan segala macam peristiwa hasil sikap kita tidak membawa apa yang diberi nama kesedaran dan pengajaran, apa lagi rasanya yang boleh membawa kita kepada Tuhan ?

Masa inilah, selain sumbangan dan bantuan pakaian atau wang, mereka juga pelukan sedikit sumbangan semangat dan kekuatan.

Kebakaran rumah yang berlaku, menuntut kita bekerjasama membantu, wujudkan rasa peduli, hapuskan rasa ingin hidup sendiri.

kebakaran Iman dihati yang berlaku, menuntut kita untuk segera padamkan dosa lalu, 

Kebakaran rumah panggil bomba,

Kebakaran iman dihati panggillah Tuhan yang Maha Membantu

Musibah itu Tarbiyyah.

Wallahu'alam.