November 21, 2014

Mengapa Belajar Politik.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sekarang buat apa, kerja atau belajar Azri ? Tanya Tuan Haji Ahmad

Soalan ini hadir selepas beberapa ketika hilang dihadapan mereka, uzlah diri kata sendiri.

Ambil Political Science Abi Mat ! Jawabku

Political science ni berkaitan social science lah kan, kalau terjun kerja nanti,  agak terhad ! sambung Abi Mat.

Lepas ni boleh jadi ahli politik !  Kacau Abi Mat.

InsyaAllah (Tersenyum) ! – Jawabku

Menyambung pelajaran dalam course political science bukan bertujuan untuk saya nak jadi ahli politik, bisik hati. Jauh lagi, semata nak dapatkan kerja dengan kerajaan.



Memanfaatkan ilmu itu pelbagai.

Dialog ini baru beberapa hari yang lepas, selepas lama tidak bertemu Abi Mat dan Kak Asiah, orang yang banyak memberi tunjuk ajar selama duduk dalam organisasi.

Bunyi paling dekat, pernah membantu Abi Mat dalam PRU 13 yang lalu, satu perkara yang mencabar tapi inilah rentasnya perjuangan. – harap diri ini tetap istiqamah pesannya.

Ahli Politik ?

Ambil kos political science rasanya bukan tujuan nak jadi ahli politik, tetapi belajar politik itu ialah untuk tahu bagaimana sikap dan caranya menguruskan kehidupan seharian yang penuh dengan ragam dan rencamnya manusia. Ini adalah bagian kecil dari luasnya tujuan.

Kita harus meluruskan dan meluaskan semula istilah ini. Jauh sekali bila sebut politik, mesti berkaitan UMNO, MCA, PAS, DAP, PKR, PR atau BN. 

Bila sebut politik, politik kotor saja yang ada, “stop talking politic please !’ kekadang pinta sikawan.

Pakcik-pakcik yang sembang dikedai mamak itu pun politik, tetapi banyak yang memihak kepada parti yang disokong dan diundi, yang dibenci dan disuka, kita tidak menafikan isu parti adalah satu juzuk daripada politik.

Tetapi yang sebenarnya politik itu ialah bagaimana kita mengurus dan mentadbir kehidupan seharian kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara dan sejauh mana kprihatinan kita terhadap apa yang berlaku di sekitar kita.

Sarapan dan Politik ?

What do you understand about politics ? – Tanya Pensyarah

Have you all had breakfast this morning ?? – Tambahnya lagi
\
Now, I want to tell ! The breakfast was a form of political – Hujah Pensyarah

Attendees in the class started blur. 

Wondering what relation breakfast with politics.

From the breakfast, we take example, Roti Canai !

From the price of Roti Canai, you can know about the economy and the rate of price increases that occurred in the country. That’s Politics ! – Pensyarah Menjelaskan.

Jadi mulai dari pembacaan ini, kita kena luaskan skop perbincangan kita tentang politik.

Islam Itu Syumul, Menyeluruh !

Jangan hanya tertumpu kepada satu juzuk sahaja dan meninggalkan juzuk yang lain. Dan Politik itu bukannya berdasarkan sentimen emosi dan fanatik serta taksub.

Balik kepada Ilmu !


Pendidikan dalam Ilmu politik itu penting.

Politik dan pendidikan adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Sistem pendidikan yang cemerlang akan menghasilkan suasana politik yang kondusif dan gemilang. - Dr Maszlee Malik

Belajar ilmu politik dalam bilik kuliah lebih matang kepada mendasari politik dengan ilmu dan hujah, Akhlak dan Moral, lebih membuka minda dan fikiran serta tidak hanya fokus kepada politik tempatan bahkan lebih daripada itu, diperingkat antarabangsa, selain mengetahui halatuju masa depan politik Malaysia yang lebih segar, berilmu, hikamh dan juga bakti.

(Bersambung)

Wallahu'alam.