November 26, 2014

UNiTe : Orange YOUR Neighbourhood.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Everyone has a responsibility to prevent and end violence against women and girls, starting by challenging the culture of discrimination that allows it to continue." 
- Ban Ki Moon

Semalam 25.11.2014 Dunia Antarabangsa melalui United Nations Women (UN Women) sekali lagi menjalankan kempen tahunan iaitu End Violence Against Women diserata dunia berlanjutan selama 16 hari. Selepas 16 hari, tidak bermakna terhenti disitu, inisiatif menghentikan keganasan terhadap wanita ini perlu berterusan disetiap negara. 

Tahun ini, melalui United Nations Secretary-General’s melancarkan kempen UNiTE untuk menghentikan keganasan terhadap wanita, dan menjemput anda sama-sama dalam kempen “Orange YOUR Neighbourhood.” yang bermula 25 November sehingga 10 December 2014.


Kalau nak bicara bagaimana Agama Islam kempen menghadapi isu keganasan terhadap wanita ini dan menjaga hak wanita itu sudah lama, dan Islam mementingkan penjagaan hak terhadap wanita. Datangnya Islam memurnikan kehidupan wanita mengangkat dan meletakkan wanita dalam islam sebaik-baik tempat.

Fakta Keganasan.

Banyak sebab yang kita boleh terokai,

Bagaimana perihal keganasan terhadap wanita itu berlaku.

"An average of 1 in 3 women across the world suffer from violence at the hands of a partner, in their lifetime. Gender-based violence (GBV) disproportionately affects lower and middle income countries, poorer regions within these countries, and in particular vulnerable groups that include migrants, sex workers, and people living with HIV or disabilities" - United Nations Development.

Di Malaysia, 

Setiap hari secara purata enam orang wanita dan gadis dirogol, namun bilangan sebenarnya jauh lebih tinggi kerana hanya 25% kes rogol yang dilaporkan. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2007 hingga Februari, 2012 menunjukkan sebanyak 18,124 kes keganasan rumahtangga dilaporkan iaitu 3,756 kes pada 2007; 3,769 (2008); 3,643 pada 2009; 3,173 (2010); 3,277 (2011) dan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun 2012.


Sempena Hari Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita Sedunia, marilah semua pihak, kita bergandingan tangan, dari yang muda hinggalah yang tua, untuk kempen ini. Bicara menghentiklan keganasan terhadap wanita bukan bermaksud tugas wanita itu sendiri yang menghentikannya, tetapi itu adalah tugas semua pihak. 

Wanita bahagian dari kelompok masyarakat jua bagian dari kehidupan ini.

Bersama Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita.

Tunjukkan Solidariti anda,

Solidariti End #ViolenceAgainstWomen