January 3, 2015

Aku tidak Cinta Rasulullah ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Esok 12 Rabiulawwal ! Dimana abang azri sambut Maulidul Rasul ?" - Tanya seorang pelajar

"Tak sambut maulidul rasul pun' - Jawabku

"Comform'kah rasul s.a.w lahir 12 rabiulawwal? - Balas dengan soalan

"Kalau ianya tarikh kewafatan baginda rasul s.a.w ? agak-agak nak sambut atau tidak? - Balasku 

Cuma sahaja masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12 Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Ajak berbual, cuba untuk mengelak dari perbahasan panjang mengenai tarikh kelahiran rasul s.a.w. Kalau nak bahas sangat, saya cadangkan, baik baca perbahasan ulama yang alim terdahulu mengulasnya dengan hikmah dan ilmu. Apa yang pasti itu adalah kewafatan rasul s.a.w di bulan Rabiulawwal.


"kali terakhir abang azri sambut, masa dekat kampus dulu, sertai perarakan, lepas tu dah tak sambut" - bualku

"kenapa tak sambut"?

"Hilang rasa sayang dekat nabi muhammad kah ? - Sergah pertanyaan pelajar tadi, menyangka dia bergurau dengan soalannya

"Sebab abang azri sayang baginda hari-hari" - Balas madah berhelah

"lagi satu ! Adakah dengan abang azri tak sambut maulidul rasul, bukti abang azri tak sayang muhammad s.a.w?

"Kalau begitu, para sahabat baginda yang dimuliakan Allah pun tak sayang baginda rasul s.a.w? sebab mereka tak sambut ? ke macam mana ? - jawabku

Cinta kepada rasulullah bukan dibuktikan melalui sambutan maulid nabi s.a.w, sama sekali tidak benar, apatah lagi mengatakan bahawa tidak menyambut maulid nabi tanda tidak sayangkan nabi, kekadang menyebabkan seorang ketakutan moral kalau tidak sambut !

Hubungan kecintaan kita dengan baginda s.a.w adalah hubungan cinta yang menzahirkan manifestasinya setiap hari. Boleh jadi kamu tidak jaga solat lima waktu berjemaah, itu manifesti kamu tidak cintakan rasul s,a,w ! Malapetaka besar bagi zaman ini, jika ummat yang merayakan atau menyambut maulid nabi s.a.w, dialah juga yang menjadi penentang kepada perjuangan baginda s.a.w, tidak melaksanakan sunnah-sunnah baginda seperti solat fardhu berjemaah, dan mendekati maksiat tanpa ada rasa bersalah.

Menyambut maulid nabi s.a.w apatah lagi disambut dengan perarakan, tidak pernah ada dalam kamus sirah nabawiyyah juga para sahabat baginda yang dimuliakan Allah.

Amalan Islam versi Melayu yang ada hari ini, yang beranggapan bahawa amalan ini adalah ibadat, tanggapan tersebut, amat tersasar dari kehendak wahyu, bahkan jika dipertahankan juga, menandakan ia adalah amalan yang disandarkan kepada kejahilan terhadap amalan agama Islam itu sendiri.

2 Intipati besar khutbah pagi tadi 11 Rabiul awwal 1436 H :

1. Jangan ghuluw' melampau-lampau dalam memuji dan memuja terhadap baginda rasul s.a.w - ingat sarana Rasul s.a.w !

"Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara, terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa AS), sebaliknya aku hanyalah hambaNya"

2. Juga jangan meremehkan kecintaan terhadap baginda rasul s.a.w

Kita semua tetap bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Cumanya biarlah kita mencintai itu dengan ilmu dan faham berdasarkan ajaran islam yang sebenar.

Jangan nakal dengan logik akal !

This religion is one of action, not one of events.

Wallahu 'alam