January 10, 2015

Catatan Ringkas : Berhati-Hati Anak Muda, Prof Hoo



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jangan hiraukan apa yang prof tu cakap, bukan dia yang bagi rezeki Allah yang bagi? Respon remy.

Aku mulai pelik, macam mana dia boleh berfikiran sebegitu ?

Tidak kita menafikan bahawa Allah itu yang memberikan rezeki, tetapi Allah maha bijak, balas dengan kadar usaha manusia itu sendiri.

Prof Hoo sebelumnya menasihati agar anak muda berhati-hati dan jangan main-main dengan 2015,2016 apabila kegawatan ekonomi bakal menghimpit.

Dan aku meng’iya’kan segala nasihat yang disampaikan oleh Prof Hoo.

Sedikit ilmu ‘political economy’ justeru yang memahamkan aku langkah Malaysia kearah kegawatan ekonomi yang sedang direntasi.

Mahu tidak mahu, GST bakal menemui kita April Tahun ini. Kenaikan harga barang pasti berlaku – Iklan kebaikan GST setiap hari dicanang di TV dan radio, tanpa didedahkan secara tulus implikasinya kepada rakyat. 

Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada “iklim yang cukup lemah“ – Kita berharap kerajaan memantau serius pengusaha atau penjual yang menaikan harga barangan secara melampau.


MALAYSIA DALAM HIMPITAN AZAB EKONOMI

Belum lagi kes 1MDB (Terbaru), Hutang dengan Bank Dunia melebihi paras had silling, Kejatuhan Mata Wang Ringgit saat ini, (Pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan : Ringgit Malaysia berada dalam keadaan yang berisiko untuk tempoh yang panjang)

Kejatuhan Harga minyak sehingga dijangkakan Harga Air lebih mahal dari harga minyak. Untuk pengetahuan, Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam, merosot untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang.

Dan banyak lagi isu yang berputar sekitar kita.

Bahangnya akan semakin terasa.

Faktor dalaman  Negara dan luaran yang tidak terkawal telah membawa Malaysia berdepan krisis ekonomi yang panjang.

Hutang, Hutang dan Hutang

Persoalan difikiranku mulai timbul, Bagaimana sebuah Negara menyeru untuk rakyatnya membayar hutang yang dipinjam, siap dengan dalil dan nas dibentang, sedangkan Negara tidak habis-habis berhutang dan pembaziran yang demikian.

Allah Maha Adil !

Bukan Menghentam

Tapi Ini Luahan

Rakyat Marhaen

KISAHKAH AKU !

Peduli atau tidak peduli, bukan persoalan utama – kita rakyat Malaysia, tetap kena bersama gelombangannya kegawatan ekonomi. Yang muncul ini baru permulaannya – menuju kebawah cycle economy bagi setiap sepuluh Tahun.

Apa tindakan kita? Tetap ada tugas kita terselit dek kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan Negara saat ini. Tidak terlepas yang duduk diceruk pedalaman nun jauh disana, Selagi namanya Negara Malaysia

So to shade ourselves from financial turbulence in near future.

1. Jangan buat hutang baru yang tak penting.
2. Bayar hutang advance.
3. Lebihkan bayar hutang.
4. Beli ikut keperluan bukan nafsu. (Belajar pengurusan kewangan yang betul)
5. beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik.
6. Pastikan ada pelan kewangan kecemasan


Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak, bijak berbelanja, bijak menyimpan, bijak dan terus bijak.

Kepada kerajaan yang memerintah diharapkan mekanisma dan cadangan yang lebih berasas diambil untuk keharmonian ekonomi Malaysia bagi hari-hari mendatang, dan kepada pembangkang yang mengimbangi pemerintah. Semoga terus menasihati dan menegur kesilapan pemerintah dengan menyediakan kaedah mengatasi – semoga MALAYSIA lebih diberkati.