January 27, 2015

Je Suis CHARLIE


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saat memahami setiap detik dan babak dalam filem 99 Cahaya di langit Eropa, ada mesej besar yang ingin disampaikan dalam filem ini, selain mengetengahkan peradaban islam di eropah juga apa yang pernah islam hamparkan kepada eropah.

Misi kita adalah menjadi agen islam yang damai yang membawa pada keberkahan bagi lingkungan non-muslim - Fatma Pasha ' 99 Cahaya di Langit Eropa

Iaitu untuk menjadi agen yang baik kepada agama yang sejahtera ini, yakni Islam.

CHARLIE HEBDO

Keyakinan kita kepada agama yang memberi kedamaian ini sering diuji. Kita tidak pernah lupa peristiwa 9/11 yang pernah menggemparkan Dunia apabila mengaitkan Islam sebagai agama yang menyeru berbuat demikian. Apabila Al Quran diselak, tidak ditemui keganasan yang diperkatakan, bahkan agama ini menyeru kepada perdamaian dan kesejahteraan.

Jikalau kita nak bicara tentang keganasan yang berlaku dengan lebih panjang, perkara pertama yang perlu kita buat adalah mencari punca kepada keganasan berlaku. 

Isu jornalis US James Foley yang disembelih oleh ISIS di Iraq, menyeru kita untuk lebih berusaha dalam menghujjahkan bahawa tindakan itu salah dan tidak pernah diterima dalam islam.

Islam tidak terbabit !

Muslim itu pembabitan !


Terbaru, 7 januari 2015 berlakunya serangan oleh beberapa orang pemuda keatas ibu pejabat Charlie Hebdo, sebuah Syarikat akhbar di Paris, France. Mengorbankan 12 nyawa antaranya kartunis yang terlibat dalam melukis dan menghina baginda Rasul s.a.w melalui akhbar tersebut pada 2006, 2011.

Ada Apa dengan Muslim ?

Seorang sahabat menyapa ‘bertambah lagi islampobia di eropah’

Persis ! – Jawabku

Ada sesuatu yang boleh dijadikan isu dan manfaat pihak yang berkepentingan untuk mengherdik dan menuding jari kepada islam. Dalam masa yang sama, kita juga tidak menyokong tindakan penyerang tersebut sekalipun niatnya untuk mempertahankan maruah baginda rasul s.a.w yang dihina Charlie hebdo. - Tindakan Charlie Hebdo juga adalah salah, kita tidak boleh nafikan itu ! Walaupun menurut mereka ianya adalah kebebasan bersuara, tetapi perlu menjaga sensitiviti agama serta hak kemasyarakatan.

Tiga hari selepas serangan berlaku, satu himpunan besar telah diadakan di Paris, bahkan dibeberapa buah Negara lain, untuk mengutuk serangan terhadap Charlie Hebdo dan membantah keganasan yang berlaku. Je Suis Charlie (Saya Charlie) menjadi hashtag world wide trending bahkan memenuhi ruang poster dan manila kad sepanjang perhimpunan.


JE SUIS GAZA ?

Sempat juga menyaksikan himpunan itu berlaku melalui stesen TV, langsung dari perhimpunan tersebut. Dianggarkan lebih 50 pemimpin dunia hadir ketika itu, didalam memberi penghormatan kepada mangsa dan mengutuk kekejaman dan keganasan yang berlaku.

Timbul persoalan apabila yang mengetuai perhimpunan itu adalah Benjamin Netanyahu. Netanyahu memimpin perhimpunan anti keganasan sedang dia yang mengetuai keganasan antarabangsa terutama isu di bumi gaza sebelumnya. Kehairanan buat kita ! Ramai yang awalnya menyokong himpunan bertukar meluat bila melihat Netanyahu menyertai himpunan. 


Waras akal kita masih bleh berfikir, Bagaimana bisa, seorang yang telah membunuh ratusan nyawa bahkan membunus wartawna, memimpin lebih ribuan manusia berhimpun yang turun untuk anti keganasan?

Dunia tertipu ! Media berperanan utama dan menjadi sebahagian besar didalam menjayakan pembodohan ini. Isu Charlie Hebdo juga semacam modal untuk mengalih pandangan umum terhadap keganasan Israel. Menyuruh umum melupakan seketika kekejaman terhadap ratusan ribu manusia di Syria dan gaza, untuk berikan perhatian terhadap kartunis yang diserang bunuh. motif dibina serapi yang boleh, agar Rasulullah, Islam, Keganasan menjadi label utama atau motif kejadian.


HIPOKRASI DUNIA !

Ketidakadilan adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan – Inspector Chan.

Pembunuhan 12 orang kartunis dan wartawan menyebabkan himpunan besar diadakan di Paris, membariskan pemimpin-pemimpin dunia. 

Bagaimana Perihal pembunuhan di Gaza, Syria, Rohingya, Nigeria ? 

Bila ratusan kanak-kanak dan orang awam bahkan jurnalis dibunuh di Palestin, Syria – tiada sebarang himpunan yang membariskan pemimpin dunia tadi untuk mengutuk keganasan yang berlaku. Pembunuhan etnik berlaku di Rohingya. Jangankan himpunan, langkah kearah menyelesaikan krisis pun tidak diambil pihak yang berwajib. Kalaulah yang menindas Rohingya itu adalah muslim, jangan menungggu esok hari untuk diambil tindakan.

Inilah ketidakadilan itu.

Islam tidak pernah memperkenankan kezaliman serta keganasan terhadap umatnya, juga terhadap orang lain muslim or non muslim. Islam Rahmatan lil alamain itu merangkumi setiap kehidupan termasuk setiap juzuk alam ini. Namun semua menjadi keliru. Atas keadaan yang tidak adil dan kejam terhadap masyarakat yang lemah maka ramai muslim dan bukan muslim yang keliru antara ajaran agamanya dan emosinya yang memberontak.

Islam, Muslim, Kristian, Hindu, Buddha bukan ini yang memberi masalah,

Tapi penganutnya keberangkalian besar bermasalah.

Sudi-sudilah mencaknakan fikiran

Agar islam, tetap dalam pengetahuan kalian.