January 13, 2015

Tingkatan 1 Bestari.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mungkin kerana aku sudah tahu bagaimana menilai keadaan itu, lantas aku bertanyakan kepada akal yang baru menginjak Tingkatan 5 Automotif SM Teknik Tawau. Automotif ? Memikir hal sebuah enjin kereta itu tidak seberat memikirkan sebuah enjin manusia. Maha Hebat Allah yang mencipta.

Menyambung memikirkan persoalan yang yang wujud, agaknya kenapa aku melalui kelas yang berbagai peringkat/kasta dari A - I ?

1 Bestari

2 Dinamik

3 Dinamik

Apakah kerana Amanah, Bestari, Cerdik, Dinamik, itu punya kepandaian tertentu, lantas yang tidak menentu sila duduk kelas hujung dan belakang ? Seingat ketika itu, kelas yang paling akhir adalah ‘I’

Kalau dengar kelas I, Terlintas : itu kelas pelajar kurang pandai atau bahasa indahnya bodoh !

All it takes is a few moments of thinking.

Maka saya mulakan tafsiran hati, untuk berfikir lebih luas akan hal itu.

Apakah kerana pelajar itu kelas Amanah (Kelas depan) dinilai si pandai. Mereka kelas Inovatif (Kelas Belakang) dinilai bodoh ?

Saya fikir makna atau definisi pandai itu terlalu luas untuk disempitkan mengikut kelas !

Mungkin kerana sistem pendidikan hari ini dan semalam memfaktorkan ianya difahami pelajar dan masyarakat sebegitu.

Sistem ini melekat dengan masyarakat kita.

Kepandaian itu diikat dengan adanya kasta kelas.

Sesampai diuniversiti, dipalu dengan abjad dan angka.

Mereka yang pandai adalah mereka yang PT3 dapat straight ‘A’

Mereka yang pandai adalah mereka yang UPSR, SPM got straight ‘A’

Mereka yang pandai adalah mereka yang dapat Anugerah Dekan, Anugerah Ketua Jabatan, 4.00 plat
Sehingga ke Ipt saya bersama pemikiran sebegini.

Bukan setakat sahabat sebaya, guru, pensyarah juga melakar pemikiran yang sama.

Sebati !

Tanpa fikir ! kita terima hal itu sbg suatu kebenaran yang tidak bleh dinafikan kerana ianya menjadi kebiasaan. Ketahuilah bahawa banyak perkara yang menjadi kebiasaan, itu tidak semestinya benar dan ia prlu di ubah.

Kepandaian tidak dapat disukat dengan abjad dan angka, kelas depan atau belakang, hatta ujian IQ yang diadakan pun tidak dapat menerangkan kepandaian manusia secara komprehensif.

Pelbagai teori dari sarjana timur hinggalah ke barat mengenai kepandaian, anda boleh mencariny. Itupun  tiada teori yang sempurna berkaitan kepandaian ini.

Kita tetap dalam proses untuk memahami pandai itu dengan lebih luas dan mendalam sebagaimana dalam yang tiada dasar ilmu islam itu.

Apabila kita menilai kepandaian seseorang itu dengan kelas A,B,C atau dengan angka, maka kita sudah menutup kepandaian yang pelbagai yang Allah berikan terhadap manusia itu sendiri.

Dari seluas kepandaian yang ada, kepada kesempitan.

Human Intelegence is too complex too be quantified bt letters and numbers – Aiman Azlan

Tiada makna pandai yang mutlak.

Kepandaian manusia itu berbeza-beza. Tidak juga ianya tertakluk kepada akademik semata-mata. Sekiranya kita gagal paper sejarah – tidak bermakna kita buta atau bodoh sejarah, lantas satu kegagalan kamu perlu pindah kelas belakang.

Natijahnya, saya mangsa abjad, angka dan kelas kasta itu tadi.

Kata Bro Aiman Azlan dalam bukunya : Generasi Pandai yang dibodohkan’

Solusinya – sekalipun anda tidak disenaraikan daripada 35000 pelajar semalaysia dalam garis pandai, itu tidak bermakna anda dalam garisan kebodohan.

Sekalipun anda kelas 2 dari belakang, itu tidak menyatakan anda tidak pandai atau kurang pandai – justeru yakini diri berusaha dan terus berusaha, hingga datang suatu saat kalian dipilih untuk duduk kelas pertama, tetapi kalian memilih untuk tetap dibelakang.

Sekolahku, SMK Jambatan Putih.
Tetap indah dengan kehijauan pokoknya yang tumbuh segar

Doa saya agar semua pelajar sekolah rendah dan menengah hatta yang kini berada di Ipt cemerlang dalam memiliki kepandaian masing-masing.

Thanks a lot kepada Sekolah yang pernah mendidik diri ini.

Masih belum sempurna.

Wallahu’Alam.

Azri Al Fateh
Tingakatan 3 Dinamik
Pengawas Pusat Sumber.
SMK Jambatan Putih
Suatu Ketika Dahulu.