April 11, 2015

Aku dan Mereka Berjuang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sebulan lebih lamanya tertahan untuk menulis diblog. Sebulan lebih yang cukup dengan berbagai peristiwa duka dan gembira, hanya sempat kali ini ku titipkan dua kisah perjuangan dan pejuang :

Tuhan kalau dia nak bagi rezeki dengan hambaNya, kadang pada jalan yang tidak disangka-sangka, dan begitu jugalah apabila dia nak uji hambaNya dari jalan-jalan yang disukai hambanya, maka bermulah keluhan orang yang baik itu tadi.


Rindu Pada Tuan Guru Nik Aziz

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar ! Kami takbir diperkarangan ketibaan Airport ketika itu, menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz.

Selang beberapa minit, yang hadir hanya Isteri beliau.

Tuan guru tak dapat datang? - Tanyaku pada seorang sahabat.

Mungkin dengan jawapan 'tidak dapat datang' dari sahabat tadi, sedikit mengecewakan hati untuk bertemunya buat pertama kali.

'Tuan guru Nik Aziz Tak sehat" - bual seorang sahabat yang memberitahu kami

Kekecewaan tidak dapat bertemu sebelumnya bertukar harap, semoga beliau diberi kesembuhan segera - Ini mungkin isyarat hati, rindu untuk bertemu pada teduh seorang ulama.

.. Beliau akhirnya dijemput Ilahi pada pagi 12 Feb. 2015

Sebak, sayu, rindu dan bermacam lagi. - Tapi kami sudah bersedia akan kepergiannya, bersedia untuk tetap istiqamah selepas kepergiannya, Walau hati ini cukup hiba dengan kehilangannya, perjuangan harus tetap diteruskan. TGNA seorang yang dicintai, dikasihi ummah ini. Salah satu perkara yang berjaya beliau tinggalkan kepada kita adalah tentang konsep wasathiyyah (kesederhanaan) itu sendiri didalam segenap aspek, dan tak dinafikan bahawa beliaulah role model abad ini tentang tatacara kezuhudan didalam islam. Banyak yang ingin ditulis, tapi hanya cebisan yang mampu disampaikan. May Allah blessed TGNA and be placed among the pious people. 

Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu

Saya sayang tok guru seperti seorang anak yang sayang kepada seorang ayah.

Terima Kasih Tuan Guru untuk segalanya. 

Jika tidak kerana murabbi
tidak aku mengenal Rabbi

Wardah Islam | 15 Feb. 2015

#OurThreeWinners

Hari ini, masuk dua bulan sejak kejadian #ChapelHillShooting.

Mereka tidak dikenali didunia, tapi kepergiannya dikenali dan diketahui seluruh dunia. Semoga yang dilangit tetap mendoakan kesejahteraan dan kebaikan mereka disisi Rabbul alamin sebagaimana kebaikan mereka sewaktu dibumi. 

Mereka sahabat dalam membantu menjayakan misi kemanusiaan dibumi syria. Sebelum kepergian TGNA, saya mendapat berita kematian mereka melalui seorang rakan di twitter, tiga ke empat jam selepas pembunuhan, tidak ada satu berita pun yang disampaikan oleh media barat seperti CNN, BBC dan sebagai, sebelum kes pembunuhan ini menjadi viral di media sosial. Deah, Yusor dan Razan mati ditembak dikepala oleh seorang lelaki, kejadian ditempat 'parking kereta'.

Inilah salah satu cabaran bagi muslim dieropah - Bukan saja kes pembunuhan Deah, yusor dan Raza, malah ramai lagi yang jadi mangsa kepada keadaan yang serba rencam disana. jika anda muslim 'pemangsa' anda akan diburu media tidak sampai seminit, tetapi jika anda muslim 'mangsa' ianya senyap begitu saja.

Semoga Allah tetap merahmati dan menempatkan mereka dikalangan para solihin

Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu .

Uhibbuka fillah ala Deah, Yusor, wa Razan.























[PIC] This is what both the victims' best friend had to say about them.

We are so blessed, we dont even realize it
- Deah Barakat 


Berjuang jua Akhirnya

Kehidupan di dunia adalah satu perjuangan tanpa henti.

sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,

kita dalam satu kata makna 'berjuang'

walau ada perbezaan, apa yang kita perjuangkan.

Disana ada pejuang

Di sini terus berjuang

Aku berjuang menahan rindu yang telah pergi,

Mereka berjuang untuk membawa mesej islam, bahawa kami islam bukan teroris identiti.

Semoga kita semua tetap dalam lindungan mahabbah Ilahi.

kerana mencintai ilahi juga adalah satu bentuk perjuangan.

Yang lemah dan tak terdaya tanpa IzinNya | AzriAlFateh