May 12, 2015

Perjalanan Diatas Perjalanan Hanum D'Eropah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selesai mengkhatamkan buku karya Hanum Salsabiela Rais. Buku ini keluaran 2011 dan saat ini, ianya tetap menjadi antara buku best seller di indonsia bahkan tembus ke pasaran malaysia. Buku ini punya kekuatan tersendiri ditambah kekuatan filem adaptasi buku novel ini. Tulisan kali ini more kepada review novel dan sedikit penambahan agar kita kecapi hikmah disebalik perjalanan hanum itu sendiri.

Buku "99 Cahaya di Langit Eropah", sebuah novel perjalanan menapak jejak Islam yang pernah bertamu dibumi Eropah. Eropah yang juga kita kenali sebagai dunia barat, yang kita kenali dengan bahana keruntuhan akhlak, tetapi disatu sudut eropah/barat itu terselit cahaya islam yang mulai menapak dulu hingga saat ini. Bagi saya secara pribadi, buku ini sangat berkesan dengan mesej yang hendak disampaikan. Ditulis oleh anak Amien Rais, Hanum Salsabiela Rais, seorang lulusan dokter gigi UGM, buku ini tidak hanya memperlihatkan perjalanan cahaya islam menapaki eropah bahkan memberi kita secercah cahaya untuk mengetahui dan lebih mengenali islam, muslim dan peradaban manusia.





Buku ‘99 Cahaya di Langit Eropah" bukan buku motivasi. Ianya novel pada umumnya, dengan bahasa yang mudah difahami, memaparkan kisah-kisah yang dialami oleh penulis sendiri. Kisah tersebut berupa catatan perjalanan penulis di negara-negara Eropah yang dilawati. Pun bukan buku traveler biasa, di balik perjalanan Hanum, secara tidak langsung ada perjalanan spiritual, kerohanian. Bila anda baca buku ini seakan anda sedang dibawa hanum berjalan sama untuk melihat yang tersembunyi tentang kehidupan, peradaban dan sejarah islam.

Bak kata ayahanda penulis :


Buku ini berjaya memaparkan secara menarik betapa pertautan islam di eropah sudah berlaku sangat lama dan menyentuh pelbagai bidang peradaban.

Hanum mengulas secara baik tentang buku ini dan perjalanannya :


Perjalanan ini membuka mata saya bahawa islam dulu pernah menjadi sumber cahaya terang benderang ketika eropah diliputi abad kegelapan. islam pernah bersinar sebagai peradaban yang paling maju di dunia, ketika dakwah boleh bersatu dengan pengetahuan dan kedamaian bukan dengan jenayah atau kekerasan.

Perjalanan bermula dari Vienna, Austria.

Penulis yang menetap sementara di bumi Vienna Austria, mengikuti suami melanjutkan serta menamatkan pendidikan di situ. Akhirnya Hanum dengan kurniaan masa lapang yang diberi meniatkan dirinya serta memanfaatkan keadaan untuk menelusuri peradaban Islam di bumi Eropah. Niat ini bermula dari persahabatan dengan warga imigran Austria berasal daripada Turki bernama Fatma. 

Fatma seorang muslimah denga identiti ingin menjadi agen muslim yang baik di negara sekuler. Ia cukup berpengetahuan tentang sejarah peradaban Islam di Vienna juga beberapa tempat di eropah. Dengan Fatma-lah, penulis mengunjungi tempat-tempat bersejarah penuh suka dan duka yang boleh dikaitkan dengan peradaban Islam sebelumnya.

Vienna,

Paris,

Cordoba & Granada,

Istanbul,

Tempat-tempat ini menjadi persinggahan perjalanan hanum dan suaminya. Bertemu dengan variasi manusia sekitarnya. Juga saya boleh kategorikan buku ini sebagai novel pembangun jiwa.

Eropah saat ini berkecamuk, antara agama dan ideologi. 

Fakta mengatakan semakin ramai manusia di eropah dengan fahaman ateis itu tidak boleh disanggah. Juga kebanjiran penganut muslim di eropah.

ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN

Islam itu rahmatan lil alamin bukan rahmatan lil muslimin - Pesanku kepada peserta Qiyamulail di SMK Tawau Baru-Baru ini.

Jam menunjukkan pukul 12.30pm, masih dalam slot memuhasabah para peserta.

Ertinya, Islam ini agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta, termasuk haiwan, tumbuhan, jin, apatah lagi rahmat buat manusia.

Kitalah ejen yang membawa keberkahan itu.

Tetapi malang bagi kamu sebagai pelajar di sekolah yang hebat ini, bila kamu hilang nilai adab dan gagal memperlihatkan keberkahan islam yang dianauti. - Tegasku kepada peserta sebelum menutup keindahan malam dan kelelahan hari. 

Akademik itu tidak cukup, yang mencukupkan ia adalah ilmu taadib. 
Disitu ada keberkahan dan nilai keindahan Islam.

Ketika bertudung menjadi penilaian oleh majikan-majikan di eropah, untuk fatma bisa mendapatkan kerja di vienna. Fatma tetap menyebarkan rasa hormat dan berkah meski ditolak kerna hijabnya.

Ketika dua orang bukan muslim minum disamping meja mereka, memperolok-olok muslim Turki dan kekalahan wira-wira islam - Fatma bangkit ke meja pembayaran, melunaskan bayaran makanan dua orang bukan muslim tadi. Tetap ia mahu menyebarkan rasa berkah dan rahmatnya Islam.

Maka benar ! Islam bukan rahmatan lil muslim bahkan ianya alamin

KEKHALIFAHAN TURKI vs KEKHALIFAHAN CORDOBA

Tertarik dan sependapat dengan soalan sergio apabila dia mengemukan soalan kepada Hanum dan Rangga berkaitan perbezaan kekhalifahan Turki dan Cordoba.

Kekhalifahan Turki dan Cordoba adalah dua imperium yang terbilang. Tidak dinafikan kejayaan serta sumbangan besar kedua-dua kekhalifahan ini. Bezanya, Cordoba hebat kerana masyarakatnya merayakan perbezaan dengan semangat melahirkan penemuan-penemuan bidang teknologi, hukum-hukum bermasyarakat hingga kesenian muzik dan puisi, sehingga masyarakat cordoba menjadi masyarakat intelektual ketika itu. Bahkan Cordoba menjadi pusat Islam menggantikan Baghdad sebagai kiblat peradaban dan keilmuan umat islam.

Kekhalifahan Turki (Uthmaniyyah) juga sangat luas, bahkan Uthmaniyyah satu-satunya kerajaan didunia ini yang paling lama memerintah. Tapi kita harus sedari bahawa cara mereka tidak berbeza dengan cara empayer romawi iaitu perluasan wilayah melalui perang dan senjata, mungkin kerana faktor penyatuan kebudayaan dan kekuasaan daripada rom.

ISTANBUL

Bila sebut atau ada yang menyebut 'istanbul' terfikir dan terbayang' akan dua perkara :

1. Haghia Sophia
2. Muhammad Al Fateh

Banyak perkara menarik dalam perjalanan hanum di Istanbul, Turki. Pertemuannya dengan Fatma sejak Fatma menghilang diri ketika di Vienna meleraikan semua persoalan yang terbit di benak fikiran Hanum ketika mereka bertemu di Istanbul.

Satu perkara yang patut kita ambil iktibar adalah dari sikap keterbukaan dan Toleransi Islam yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad al fateh dan Sultan Abdul Majid. Ketika kejayaan penawanan Muhammad Al Fateh menakluk konstantinopel, Haghia sophia menjadi saksi kemenangan itu. Sultan yang ketika itu berada di dalam Haghia Sophia, melihat kepada dinding-dinding dengan ikon kristian itu tidak membuatkan Muhammad Al Fateh menghancurkannya. Malah Muhammad Al Fateh hanya menutupnya dengan kain sehingga tidak terlihat ketika mana umat islam ingin beribadah. Bahkan kemudiannya Sultan Abdul Majid membuka plester itu dan melukis kembali semua mozek dan fresco yang ada di Haghia Sophia agar kembali seperti asal.

Keteladanan yang wajar di contohi bagi pemimpin hari ini dan akan datang. Kerana Itu, agama tidak pernah mengajak kepada perpecahan dan jurang, bahkan agama itu hidup dengan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Cordoba pernah melakukannya, detik dimana pelbagai agama hidup dan aman berpayungkan Islam sebagai agama rasminya.

Banyak lagi tentang Istanbul yang Hanum lawati, amnya tentang buku novel ini, yang kita harus bacanya dengan hati.

Fatma, Hanum, Marion, Rangga, bahkan Sergio, mengajarkan kita satu hal dalam buku ini !

Jadilah Ejen muslim yang baik, yang memberi keberkahan kepada lingkungan muslim 
bahkan juga kepada bukan muslim.

Selebihnya saya sarankan anda membacanya, dan selamat menikmati perjalanan diatas perjalanan hanum dieropah.

Wallahu'alam.