July 30, 2015

Divergent : Abnegation Faction


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Blogger yang berumur 18 Tahun kebawah hendaklah mendapat rujukan/nasihat dari kedua ibubapa ( Berunsur Politik )

Alhamdulillah semalam 26/7 selesai menjalankan tugas yang diamanahkan as moderator program Wacana Anak Muda dengan tajuknya Mendepani PRU 14 : Dimana PAS Sabah ? Menurut jawatankuasa program, wacana ini dianjurkan untuk menguraikan sedikit kekusutan tentang GHB dan pasca Muktamar PAS jun lepas. Sedikit kekok pada mulanya mengendalikan wacana ini karna lama tidak beraksi dengan microfon.


Tuntas dari saya hasil Wacana semalam 26/7 :

Ahli PAS mahupun mereka yang bukan ahli sedia maklum bahawa PAS bukan hanya berentitikan parti politik bahkan ia gerakan islam diantara gerakan Islam yang ada dasawarsa ini. Kemunculan PAS dalam situs politik malaysia serta gerak dakwah dan tarbiahnya kita tidak boleh nafikan apatah lagi penglibatan PAS didalam PRU mahupun PRN. Sejarahnya anda boleh baca dan kaji. Tamsilannya disini, PAS cukup dewasa untuk berhadapan dan menghadapi pilihanraya dan PRU 14 yang akan datang. Tapi ianya kembali kepada sejauh mana kebijaksanaan para pimpinan dan ahli PAS kelak.

Mereka yang ahli PAS juga harus menambah nilai dan kecaknaan mereka kepada isu-isu permasalahan rakyat dari sekecil kecil perkara ( misalnya hal sampah dikawasan perumahan) dan memperjuangkan dalam apa bentuk sekalipun terutama dalam membawa isu rakyat agar maslahah buat rakyat itu terus terjamin, kerana yang demikian itulah juga bagian dari apa yang dituntut Allah swt dan dibawa oleh Rasul s.a.w. 

Faqih dalam hal agama belum tentu faqih dalam hal politik dan tidak kita katakan bahawa agama dan politik itu berbeza. Sirah nubuwwah dan sejarah yang ada harus diteliti dengan bijaksana dan memahami waqi' sedia ada. Rasul s a.w itu maksum, sekalipun dalam kemaksuman baginda s.a.w, ditegur Allah dlm surah Abasa.

Kebijaksanaan baginda s.a.w dalam siasah itu tidak dinafikan. Bagaimana rasul s.a.w menyatukan antara nas atau dalil ilmu aqli dan naqli sehingga hasilnya dapat membentuk kerajaan islam madinah 1400 tahun dahulu. Lantaran itu, belajar sejarah ini ada yang merugikan dan ada pula yang menguntungkan, terserah kepada siapa yang membaca dan menanggapinya. Rugi apabila kita baca sejarah sekadar menyedapkan hati bahawa ini sunnatullah tanpa kita mengambil pendekatan yang seharusnya kita terapkan. Kita mengatakan Allah redha ! Kerana itu memang Allah redha atas suatu pekara tapi Allah redha dengan kebijaksanaan dan akal kita. PAS dan sejarahnya itu sangat panjang, maka yang demikian seharusnya PAS lebih bijak menggunakan bahan sejarah yang ada untuk dijustifikasikan dalam konteks semasa.

Tentang Gerakan Harapan Baru GHB bagi saya ianya bukan soal nak menang cepat atau menolak kepimpinan ulama PAS. saya setuju dengan pandangan Ustaz Hasrizal yang mengatakan bahawa 'tubuh parti baru ini bukan pilihan yang terbaik' kerana banyak hujjah yang boleh membidasnya. Jika kita ingin menggunakan hujjah bahawa ia hanya serpihan yang tidak akan menang malah tidak kekal lama, disitu adalah kesilapan kita dalam menilai. Menilai kerana hanya mereka pernah bersama kita lalu bila diluar daripada kita, kita hukum dan label dengan perkataan yang tak sewajarnya. Tak dapat dinafikan bahawa HAMIM, Kita, Berjasa, S46 yang pernah muncul akhirnya tutup kedai gulung karpet, tapi ada satu perkara yang wajib dan perlu kita fahami. 

Suasana dan ambiance politik malaysia dan dunia telah dan sedang berubah. Ketika Hamim atau S 46 bergerak tidak wujud malaysiakini, harakah daily atau malaysian insider. Tidak ada blog mahupun media sosial yang terbuka. Ketua facebook negara pun tak wujud. Dalam political sci pun inilah sub topik kepada ciri-ciri garis pemisah dan garis politik kepada perubahan politik dunia. Suasana politik malaysia cukup ranum malah sedia menerima iklim politik yang lebih dasyat, jika kita sadari dan pelajari. Pembunuhan Altantuya, Penyamun jho low, Skandal 1mdb, rosmah mansur, gst juga isu-isu yang berputar disekililing kita. Lagi rancak apabila Tun M menyerang najib yang kini kelihatan tiada kudrat utk memimpin.

Islam Allah jaga, Don't worry ! manakala PAS dijaga ahlinya bersama pimpinan baru hari ini, dan ianya produk kepada negara dan tamadun ini maka ia tertakluk kepada hukum sebab dan musabbab (cause and effect). PRU 14 most important for PAS, bak kata pakcik Mat, menentukan adakah PAS ini masih menjadi kepercayaan rakyat atau tidak. Jika kalah janganlah kerana kita menganggap bahawa kemenangan itu tertangguh melainkan kerana kita membuatkan kemenangan itu tertangguh. Jika menang, itu faktor kerana UMNO dan BN makin tidak relevan ditambah isu ketidaktelusan dan pemborosan ( bacalah buku The End of Racis). Adapun nusroh ilahi itu kita tak nafikan lantaran tawaduk dan faqih ulama yang memimpin bahtera perjuangan PAS. Juga adapun penyertaan yang ramai dan bertambah ingin menjadi ahli PAS itu bukan jaminan kepada kuatnya PAS hari ini. Justeru Allah beritakan hikmah dalam kalam cinta agungNya bahawa yang ramai bisa dikalahkan dengan yang sedikit. Maka jangan terlalu takjub dengan angka peningkatan ahli. Apa pun, tahniah buat AJK Wacana Anak Muda ! Langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya. Mohon ampun salah silap dan kekurangan moderator.

AzriAlFateh.
Pemerhati Bebas Politik Anak Muda Malaysia
Pencinta Politik Turki 
27/07/15