August 2, 2015

Catatan Kembara Bumi Kenyalang Siri 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mata melirik melihat jam, tepat 2.30 petang. Bas mini itu belum bergerak dek penumpang yang belum mencukupi.

Bas Ekspres (Bas Besar) yang aku ambil untuk perjalanan jauh malam itu bergerak pada jam 7.30 petang, muktamad untuk menaiki bas mini mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke terminal bas ekspress. 

Perlu balik awal menaiki bas mini, untuk tiba awal di terminal bas ekspress. baki masa yang ada bolehlah singgah sebentar ke rumah ibu.' - bisik fikiranku.

Kembali aku menyelak dalam fikiranku, helaian buku "Membina Imaginasi Cemerlang" tulisan Dr H.M Tuah yang dibaca pagi itu, biar dapat diamalkn cara mengawal pergerakan otak dan fikiran yang sedang kucar kacir sedikit petang itu. 

Minda bawah sedar vs Minda Sedar 

Harus bisa mengawal keadaan bukan keadaan yang mengawal.

Rabbi yassir wala tu assir'

Kalimat cinta dan pergantungan kepada Rabbul Alamin

Jika dibaca dan dipegang utuh kalimat 'Rabbi yassir wala tu assir' itu, InsyaAllah tiada yang tidak mungkin bagi Allah dan Dialah yang mempermudahkan segala urusan manusia.

Waktu tepat jam 5.10 petang.

Alhamdulillah, menghembus nafas kelegaan. Sampai juga di terminal ekspres dan berpeluang kembali ke rumah ibu sebentar petang itu sebelum bergerak untuk perjalanan jauh memakan masa 8 jam.

Malam itu bermusafir sendirian, adapun teman, itulah Dia. kebiasaannya bermusafir bersama sahabat. rindu entah kapan bisa diubati. 

Selepas 8 jam dalam perjalanan, sampai ke destinasi yang dituju.

Kota Kinabalu.

Laungan azan berhampiran terminal bas inanam, subuh memasuki waktunya, pagi itu menjadi imam kepada mereka yang rindu dan dambakan untuk sujud pada-Nya. 

MH 2807 Ke KUCHING

Melihat ruangan menunggu yang kebiasaannya penuh dengan penumpang tapi kali ini keadaan itu lengang sebelum melihat serang pemuda berlarian ke GATE 4 yang aku tujui. Mungkin saja kelewatan. 

Sedang aku berjalan sambil melihat jam, di mana lewatnya ? mungkin juga pintu pesawat awal dibuka.

Senyuman pramugari di pintu masuk pesawat mungkin mengurangkan sedikit tekanan akibat terjahan peristiwa dalam fikiran tentang apa yang dialami oleh Malaysia Airlines berkait MH 370, MH 17 sebelumya. Kerana untuk pergi menghadapNya, jujur ! belum cukup amal dan bekalan ini.

Isyarat pemakaian keselamatan melalui tv mini yang terpampang pada belakang setiap tempat duduk dalam pesawat mengambil perhatian sebelum disudahi video pendek itu dengan bacaan ayat suci quran.

Ya, bacaan ayat suci al quran ! Belum pernah menaiki mana-mana pesawat MAS atau AIRASIA sebelum ini yang mengalunkan ayat quran berupa doa sebelum penerbangan. Hikmah yang sedikit dari tragedi MH17 dan MH370.

1 jam 30 minit penerbangan ke kuching sarawak.

Masa itu agak panjang dan sayang, kalau dihabiskan dengan tidur dan mendengar muzik. - Lirik Hati

Uncle can i borrow your newspaper ? - Sapaanku kepada Uncle yang berada satu langkah disebelah kananku.

Kelihatan uncle berbangsa cina itu telah menghabiskan pembacaannya.

Didalam kapal terbang ketika itu dan semasa penerbangan punya 2 situasi yang kita akan dapat lihat :

1. Penumpang dengan buku atau akhbarnya
2. Penumpang dengan tidur atau muziknya

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang memanfaatkan masa diwaktu lapang. Baca itu tidak semestinya dengan buku, kita berjalan memerhati dengan akal yang sehat itu juga membaca.

Sepanjang perjalanan memilih untuk menonton video genre history
episod 'masjid-masjid yang terdapat didunia muslim.

Tidak terlepas masjid Haghia Sophia di Istanbul, Turki menjadi antara pilihan produksi pengembaraan mereka menyusuri masjid yang wujud dalam dunia muslim.

Kagum + Sedih + Bangga

Kagum ketika mengenangkan kembali usaha penawanan kota konstantinopel, juga kehebatan para pengukir seni yang dipelopori oleh muslim suatu ketika dahulu.

Sedih ketika tumbangnya empayar yang paling tua didunia yakni Uthmaniyyah.

Bangga kerana hari ini aku muslim, itu nikmat besar dari Ilahi kepada seorang muslim, dan tidak cukup hanya dengan duduk dan memerhati sifat muslim, wajar bertindak ! sesuai sunnah peribadi baginda s.a.w. Tidak Ghuluw ! (Melampau) justru bersikap sederhana didalam memberi keberkahan kepada lingkungan masyarakat muslim dan bukan muslim.

Sedia untuk mendarat - Suara jurucakap kapten yang mengisi ruang kapal terbang.

Badan pun huyung ke kiri dan kanan, ada pun semacam nak jatuh jantung bila pesawat mulai mendekatkan diri dengan bumi. Tangan mulai bertaut kerusi dengan eratnya. Ini kedua kalinya dipimpin oleh pilot maybe co-pilot yang mengendalikan pesawat dengan kurang cemerlang, penilaian dari penumpang paling belakang.

Doa terus meniti di bibir, sebelum hentakan kuat diatas landasan.

Mungkin saja pilot tadi sudah cuba semaksima yang mungkin, meraihkan usahanya untuk boleh mendarat dengan baik, tapi tetap saja pendaratannya itu tidak kemas.

Alhamdulillah selamat sampai dibumi sarawak bumi kenyalang. bumi atau tempat ini adalah yang pertama di'injak datang sebagai mahasiswa baru dan mengenal erti perjuangan, kali ini kembali bukan sebagai mahasiswa. Bumi kenyalang yang menyimpan berjuta kisah dan peristiwa sehingga membentuk kematangan yang diperlukan. Tulisan kali ini bersiri, akan cuba menghimpunkan perjalanan yang berjuta kisah di bumi kenyalang. Tentang Islam, Bukan Islam, Cinta, Mahasiswa, Gerakan Haraki, Pro Mahasiswa dan tentang persahabatan. Sebagai tanda ingatan kepada penulis didalam menjalani proses mempelajari erti dan nilai kehidupan yang sebenar juga sebagai perkongsian bersama.

Bersambung..

Wallahu'alam