August 26, 2015

Mabruq buat Ummu Shaikhah Stacy.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kesilapan yang tak harus kita ulangi.

Berbangga dengan saudara baru yang bersyahadah itu bagus, curi-curi ambil video atau sebar tanpa kebenaran orang yang bersyahadah itu tidak bagus. - Amin Idris

Tambah Amin Idris, 

Islam adalah agama yang menghormati privacy insan, hormati privacy orang lain. jangan over excited sampai menceroboh daerah orang lain.



Apa pun, dari meja Mujahid mengucapkan tahniah kepada Stacy Anam yang telah memeluk agama Islam baru-baru ini. Ummu Shaikah Stacy Binti Anam nama baru diberi telah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor.


Marilah kita sama-sama mendoakan agar Stacy istiqamah dalam mendalami agama Islam dan menjadi seorang muslimah yang sejati dan dipermudahkan segala urusan untuknya bagi mendalami dan memahami islam dengan lebih dekat.

Saya tertarik dengan post Wan Muhaimin ini :

Pernah saya hadir satu kuliah maghrib Bro Lim Jooi Soon di KMJ dulu. Menurut beliau, biasa orang kita sibuk nak suruh wanita yang baru memeluk Islam untuk bertudung seperti Wardina (waktu tu, Wardina adalah ikon artis wanita bertudung).
Sambung beliau, sepatutnya kita selesaikan dahulu isu-isu penting dan segera seperti akidah, solat dan hubungan beliau dengan ahli keluarga yang masih non-Muslim.

Demikian kita bertolong-tolonglah membantu saudara baru kita ini, apa yang terbaik yang dimiliki islam, bukan yang terburuk kita kita tonjolkan yang ada pada penganutnya. Pertolongan dan kerjasama kita membantu bukan kepada stacy saja tapi kepada saudara baru lain juga yang memeluk agama islam.

Apa pun, selamat kembali kepada fitrah buat Stacy.

Islam Rahmatan Lil'Alamin.

Islam untuk Semua.