September 15, 2015

Zulhijjah : Antara Dua Tahun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur kepada ilahi, hari ini kita menginjak bulan terakhir dalam kalendar Hijri yakni bulan zulhijjah 1436H. Tajuk makalah kali ini iaitu 'Zulhijjah : Antara Dua Tahun.

Ada apa dengan Zulhijjah : Antara Dua Tahun ? 

foto : google


1. Demi fajar dan malam yang sepuluh. [Qs : Al-Fajr: 1-2]

2. Kata Ibnu Kathir: yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah.

3. Dr Ibnu Abbas RA, Rasul s.a.w telah bersabda, mafhumnya: Tidak ada hari yang beramal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari sepuluh ini. Para sahabat rasul s.a.w bertanya : Walaupun berjihad di jalan Allah? Walaupun berjihad di jalan Allah! kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membwa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid). [HR: Ahmad].

4. Dalam hadis lain - “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini.

5. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. [ Riwayat Ahmad ]

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar

7. Ibadat yang besar iaitu : Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

8. Antara amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut ialah solat, puasa, (takbir, tahlil, tahmid) *bukan tahlil jemput orang baca dirumah tu, yang kebiasaan adat orang kita buat.

10. Ini kerna hadis Ibnu Umar yang tadi mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil 
(La-ilaha-illaLlah), bertakbir (Allahu-Akbar) dan bertahmid (Alhamdulillah).

11. Dan pada sepuluh awal ini juga kita kena banyak puasa. Kata Imam An-Nawawi: berpuasa pada hari-hari spuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

12. Puasa yang paling utama sekali adalah puasa pada hari arafah.

13. Kata nabi s.a.w : puasa pada hari arafah (9 zulhijjah) Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yg lalu dan setahun yang akan datang.

Inilah maksud Zulhijjah : Antara Dua Tahun. Dengan berpuasa sehari pada hari arafah (9 zulhijjah) maka diampunkan kesalahan atau dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

14. Inilah zulhijjah, padanya hari-hari sepuluh (bukan 10 zulhijjah saja) 1-10 zulhijjah hari yang lebih besar disisi Allah SWT beramal padanya lebih dikasihi

15. Ini tawaran, projek mega mampu milik, jangan mampu tengok dan disia-siakan - rugilah kita kiranya tidak mengambil kelebihan hari-hari awal zulhijjah ini.


The first ten days of Zul-Hijjah are the best days of the year, and the last ten nights of Ramaḍān are the best nights. So whoever has been fortunate to worship in the daytime of the former and the night of the latter then he is truly fortunate.

Allahu'alam dan Salam Zulhijjah 

May Allah bless Us.