October 1, 2015

Bedah Buku' : Membangun Peradaban


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hamka bukan saja seorang ulama, bahkan dia seorang penulis yang hebat, didalam memposisikan tulisannya dengan perkaitan masyarakatnya,

Bahkan beliau ulama lain dari yang lain, ujar Fazliana, salah seorang pembentang malam itu.


Bagi saya sendiri pun, Buya Hamka, cukup luas daya berfikir beliau dalam membangun masyarakat berfikir. Seorang wartawan, novelis, ulama, dan sesetengah orang berpendapat bahawa beliau adalah mujaddid, kerana pemikiran beliau yang begitu dekat dengan usaha islah dan tajdid.

Alhamdulilah, semalam berkesempatan hadir event Bedah buku anjuran Ikatan Anak Muda Twu (IKAT), walaupun hadir pada minit minit akhir sesi soal jawab.

Dan ini bukan pertama kali join event bedah buku semacam ini.



First of all, tahniah kerana menganjurkan buat kesekian kalinya event bedah buku ini, dan bedah buku berkaitan tulisan Hamka saya ingat perlu ada siri 1,2,3 lantaran banyak karya hebat beliau yang patut dibawa dan dikongsikan message buku Hamka dalam siri bedah buku akan datang. 

Bedah buku bukan yang asing lagi diadakan, sebelum ini mungkin ianya hanya berlegar di kalangan mahasiswa atau penuntut universiti, tapi hari ini saja ia telah melangkah jauh kehadapan masyarakat untuk berkongsi sama, rasa dan cerita sesuatu buku yang bakal dibedah. 

Tidak ada pengertian secara harfiah dari bedah buku. 

Namun demikian bersumberkan apa yang terhidang kepada kita hari ini, bedah buku atau yang dikenal dengan resensi buku (a book review) secara sederhana dapat kita ertikan sebagai sebuah kegiatan mengungkapkan kembali isi suatu buku secara ringkas, tujuan penulisan dengan memberikan saran terkait dengan kekurangan dan kelebihan buku tersebut. 

Dan apa yang lebih penting bagi kita saat ini, yang diperlukan generasi hari ini adalah kemajuan, freedom dan perbincangan yang lebih objektif. Bedah buku ini perbincangan, tak hanya wujud satu komunikasi, bahkan lebih komunikasi didalamnya, dan ianya harus punya objektif khusus berpandu pada buku yang dibedah dan yang diketengahkan.

Bedah Buku, Peribadi HAMKA,

Apa objektif akhir yang bakal dibawa pulang oleh mereka yang hadir mendengar berkaitan sosok Hamka ini perlu jelas, agar ianya tidak semata-mata menyampaikan hasrat kesukaan pembedah terhadap buku tersebut. selain memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendekati tulisan dan karya-karya Buya Hamka.

Semalam saya perasan karna duduknya dibelakang, pelajar MRSM antara yang memenuhi seat, hadir mendengar sesi bedah buku, dan tampaknya penyampaian ringkas dan tak terlalu berat, kata fazliana kerana melihat audience pelajar lebih ramai. maka kerna itu juga soalan yang saya ajukan tidak beberapa memuaskan sebenarnya kerana difaktorkan hal itu. 

Apa pun, Semoga mereka pulang dengan sedikit nafas kebaikan dari peribadi Hamka.

IQRA 

Iqra’ menjadi ayat pertama dan ayat penting pada memperbaharui kerasulan yakni mengembalikan manusia kepada kehidupan berTuhan. 

Iqra menjadi ayat yang penting kerana ianya permulaan kepada seruan membaca juga dinding kepada pemisahan jahiliah. Membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, adalah asas besar dalam erti kita menjadi Muslim dan ia asas bagian kepada kehidupan kemanusiaan.

Belilah buku, kumpul, baca, fahami, dan lazimi bedah buku bersama sahabat handai, ajak ahli keluarga dan anak-anak berkongsi kemahuan membaca. Binalah library mini di rumah. Seseorang yang membaca, berilmu, faham dan beriman, terpelihara daripada penyesatan Manusia dan jin.

Membaca, jangan hanya banyak membaca, tetapi membanyakkan juga jenis bahan bacaan, lagi-lagi mereka yang bertitle mahasiswa, atau pelajar, mereka harus ada buku ekstra (selain buku silibus subjek atau course yang diambil) 

Istiqamah membaca

Bedah buku dan operate jiwa

Allahu'alam