November 4, 2015

Davotoglu, AKP dan Turki : Great country, marvelous victory!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ini bicara Siasahku.

Untuk kesekian kalinya dengan setinggi ucapan tahniah dan takziah buat Parti Keadilan Pembangunan (AK Party) yang dipimpin oleh Prof Ahmet Davotoglu (Turkish Prime Minister) diatas kemenangan (simple majority) dalam Pilihanraya Umum (ulangan) 1 November, beberapa hari yang lepas. Pilihanraya Umum (Ulangan) diadakan setelah tiada kata sepakat untuk membentuk kerajaan campuran pada siri perundingan yang lepas, setelah AKP hilang majoriti pada Pilihanraya Umum Jun yang lalu.

Keputusan Undian 'Pilihanraya Umum (Ulangan) Turki 2015


Kemenangan 49.5% undi untuk meraih kerusi dalam parlimen yang mempunyai 550 kerusi dengan kesemua undi dikira, dengan semudahnya cukup untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri. Kemenangan ini menyaksikan kembalinya 'majoriti' dan 9% undi kepada AKP setelah hanya mendapat 41% pada Pilihanraya Umum Jun yang lalu. Keputusan undian 49.5% ini juga, kedua terbaik sejak penglibatan AKP pada tahun 2002.

Mustafa Akyol, seorang penganalisis dan kolumnis Turki berkata, keputusan semalam adalah kemenangan besar dan tidak dijangka untuk parti AK.

 "Serangan pengganas yang semakin meningkat dan penurunan ekonomi sejak Julai dicipta untuk menimbulkan keresahan mengenai ketidakstabilan politik di Turki. 

Mereka yang mementingkan kestabilan akan mengundi Parti AK, bimbang bahawa kerajaan kerajaan selain darinya adalah tidak baik untuk Turki sepertimana berlaku pada tahun 1990-an,


Demikian Akyol memberitahu Al Jazeera. 

Erdogan dan Davotoglu

Pastinya yang paling gembira atas kemenangan kelmarin adalah seorang Erdogan (Presiden Turki) dan orang kuat AKP iaitu Prof Davotoglu.

Pada malam Pilihanraya 1 november itu, selepas keputusan mengumumkan AKP memenangi pilihanraya, kelihatan Prof Ahmet Davotoglu melawat Mevlana muzium di Konya, Turkey, negeri kelahiran beliau dan sosok Pres Erdogan pula melawat Eyub Sultan Mosque di Istanbul, mereka menzahirkan kesyukuran tak terhingga kepada ilahi, melaksanakan solat sunat dan baca quran.

Demikian cara apa yang lebih baik menzahirkan kesyukuran selain menzahirkan kesyukuran itu kepada yang memberi segala nikmat.

Saya kira, dua tubuh pemimpin ini berjaya meletakkan batu asas kepada Turki.

Kemenangan semalam adalah kemenangan pertama AKP dibawah kepimpinan utama Prof Ahmet Davotoglu, yang juga sebagai seorang Perdana Menteri Turki dan Presiden bagi AKP.

Kesederhanaan Davotoglu jelas dalam siri ucapan beliau dalam kempen-kempen pilihanraya bahkan dalam urusan beliau sebagai Perdana Menteri Turki. Kini beliau terlibat secara penuh untuk mengisi kemenangan 4 Tahun kehadapan yang jelas tidak mudah dan harus dimanfaatkan secara baik untuk masa depan Turki dan sekelilingnya.

Demokrasi Turki

Selepas Erdogan mengumumkan bahawa Pilihanraya Umum (ulangan) akan diadakan, setelah rundingan membentuk kerajaan campuran gagal, AKP antara yang menjadi tubuh sasaran kepada segala peluru kritikan yang terbang menuju ke Turki sama ada dari dalam atau luar negara. Keganasan mulai dicipta dibeberapa tempat di Turki. Penglibatan PKK (sokongan Israel) khasnya memainkan peranan penting didalam mewujudkan ketidakstabilan itu. *Boleh baca tentang sejarah PKK 

Media alat kepada demokrasi.

Media luar Turki juga antara yang berperanan besar melancarkan serangan 'menjatuhkan' kepercayaan rakyat turki kepada AKP. Isu-isu sekitar isu islamisasi, isu mensultankan Erdogan, isu keganasan, isu gezi park, isu ekonomi semua mengambil tempat dan ruang, hingga pada akhirnya kebebasan bersuara menjadi suara kebencian, dan langkah kerajaan Turki mengoptimumkan media-media itu adalah salah satu usaha yang bijak bagi menangani suara kebencian yang boleh membunuh keamanan dan memecahbelahkan rakyat Turki, bukan kerana menyekat kebebasan bersuara yang dilaungkn oleh media barat.

Erdogan Diktator?

Erdogan pernah ditanya oleh seorang wartawan berkaitan hal, Erdogan seorang diktator. kemudian Erdogan menjawab dengan nada tenang

 ' Jika saya diktator, awak tidak mungkin boleh menyoal saya'.

Setelah hampir 5 bulan Turki dan demokrasinya digugat. Kejayaan terbesar juga adalah Erdogan berjaya mendidik rakyatnya tentang perihal kepentingan pilihanraya ini. Hampir 90 pertaus pengundi turun pada pilihanraya umum ulangan ini, dan ia satu peningkatan yang dikira agak cemerlang bagi rakyat Turki. Rakyat Turki berjaya tunjukkan kepada dunia bagaimana seharusnya demokrasi itu berfungsi.

Dan kemenangan semalam melalui ucapan Ahmet davotoglu adalah,  'kemenangan bagi demokrasi'


Keputusan Mengejutkan

Selepas keputusan kemenangan berpihak AKP, rata-rata para penganalisis politik terkejut dengan keputusan yang tidak dijangka, berikutan beberapa perkara yang berlaku. Bahkan Prof Ahmet Davotoglu juga berperasaan yang sama dan mungkin kerana rakyat Turki lebih memahami apa yang mereka harus lakukan.  Seperti apa yang dikatakan Mustafa Akyol

Mereka yang mementingkan kestabilan akan mengundi Parti AK, bimbang bahawa kerajaan kerajaan selain darinya adalah tidak baik untuk Turki sepertimana berlaku pada tahun 1990-an,

Pengeboman terancang yang dilakukan di Ankara sebelum hari pilihanraya, yang berobjektif bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat pada akp serta mewujudkan ketidakstabilan politik semasa Turki, malah memberi nilai plus kepada AKP dengan pertambahan pengundi AKP swing undi daripada MHP dan HDP.

Turkey delivered the trust to those who tdeserve that trust, 
to those who look out for the country, people and history.

Rakyat Turki mengundi saya kira bukan sahaja untuk kestabilan tetapi juga untuk kestabilan rantau Asia, Eropah dan Timur tengah also voted against the general trend in the region, sectarianism and nationallism.

Dan ini pastinya tamparan hebat buat MHP, HDP juga strong message buat EU-USA

Apapun, bagi kita di malaysia, pilihanraya Turki kali ini membawa mesej yang tersendiri kepada rantau ini, khasnya kepada malaysia. Terutama kepada parti politik umumnya kepada rakyat kita juga. matlamat kita yang tidak akan luntur, menjadikan Malaysia lebih baik soal politik dan sosial masyarakatnya, mengukuhkan keadilan dan kesejagatan ummah. 

Suka saya ulang perkataan ini :

Turkey delivered the trust to those who deserve that trust, to those who look out for the country, people and history.

And how about us, our Malaysia, our nation.

to whom we convey this trust?

Kita punya tanggungjawab terhadap negara ini, kecil atau besar bukan persoalan

Semoga Allah teruskan limpahkan rahmat-Nya buat negara ini.


Alhamdulillah. AKP'ye tebrikler ! 

Wallau'alam

*Kenapa saya suka guna perkataan 'Prof' Ahmet Davotoglu, kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di IIUM, Malaysia (Satu penghormatan bagi kita)