December 31, 2015

365.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kita sudah sampai di muka helaian 365
helaiannya amat indah, di baris
senja, dalam ufuk yang masih mencabar
Ketidaktentuan hidup
Kepastian mati
Kebodohan minis 'try'



Kita sudah sampai di muka helaian 365
Ada yang isinya penuh
Ada yang sebaris dua 
Ada pula hanya satu huruf
'Alif'
Ba 'Dijual, Dicukai'
Ta 'Tabah la'
Sa ' Sabar la'
Jim 'Jimat la'

Taman Semarak
31 Dis 2015