December 25, 2015

Teroesir.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari jalan hakikat
Mengambil hanya yang sempat
Hingga terlalai
Sedar
Kita dipenghujung senja
Teroesir dari ruang 
Hari, bulan, minggu dan kini
Tahun yang sedia berangkat


Adapun mereka berlari,
Kita berjalan,
Mereka merangkak
Keletihan 
Hingga penghujung nafas
Teroesir lagi 
Dari penghidupan yang lekat.

Kisahnya mereka diusir,
Aku teroesir
Tidak beruntung
Tapi tetap berlari dan mahu berlari
Meninggalkan dongeng
Tafsiran hidup yang melampau
Yang kau sendiri
Tidak sedar, menghampiri.

Demi masa, kita teroesir lagi
Di penghujungnya
Kau dan aku
Yang masih akan berlari
Atau
Yang mahu terhenti 
Dari
Kisah
Hidup ini

Taman Semarak
25 Disember 2015