January 7, 2016

Cerpen : Surat Terbuka dari Malaikat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"Bayu bin Ahmad Zainuddin."

"Nama yang diberi oleh Ayah dan Ibu, yang takkan tertukar buat selamanya hingga ke liang kubur - ujar Bayu kepada adik-adik Usrahnya, para pelajar salah sebuah sekolah cemerlang dibumi 'syurga makanan laut itu. Sekolahnya terletak 20 KM dari pusat Bandar.

Meskipun yang datang hanya lingkungan 10 orang lelaki dan perempuan, tetap Bayu memilih kalimat ‘Terpilih’ bagi yang hadir dan mengikuti usrahnya hari ini agar bisa membuat ‘rasa’ keberuntungan didalam hati adik-adik usrahnya. 

Satu jam setengah lamanya Bayu membebel (satu komunikasi), mengisi dan memanfaatkan ruang itu dengan perkara penting yang ingin disampaikan kepada adik-adik usrahnya. Tidak dia menyangka selaju itu masa bergerak seiring pengisian yang telah dia sampaikan. Kadangkala runsing hatinya, karena memikirkan 'apakah adik-adik usrahnya memahami akan hal yang telah disampaikan'



“Kalau kamu ada soalan nak tanya, Abang Bayu buka persoalan sekarang” - Ujar Bayu setelah menamatkan tajuk tugasannya. 

“Abang Bayu bagi kamu masa 5 minit untuk fikir soalan apa yang nak ditanya, sama ada soalan berkaitan tajuk tengahari ini, atau diluar tajuk.”

“ Insha-Allah soalan mana dapat dijawab, Abang jawab, mengikut kemampuan dan ilmu sedia ada.” - Tambah Bayu, sambil tersenyum melihat anak usrahnya yang mulai berkerut memikirkan soalan apa yang bakal ditanyakan kelak.

Soalan tidak kunjung bunyi usai 5 minit, sama ada adik-adik usrahnya malu bertanya atau terbiasa dengan hanya mendengar ‘leteran’ naqib membebel menyampaikan usrah sehingga tamat 2 jam setengah lalu selesai begitu saja. Apabila diminta ‘volunteer’ soalan, tidak juga seorang daripada mereka bersuara untuk bertanya, mungkin kerana takut soalannya salah atau terlalu saintifik dan tinggi, hanya Albert Einstein bisa menjawabnya. 

Bayu kemudian melakukan ‘round table’ dan menetapkan agar setiap dari mereka yakni adik-adik usrahnya itu untuk bertanyakan soalan apapun.

Seketika hampir semua adik-adik usrahnya bertanya, dan sebahagiannya dijawab baik oleh bayu, kelihatan mereka lebih senang dengan sesi pertanyaan sebentar tadi, buktinya mereka kemudian bertanya tanpa perlu diminta bertanya. Mencelah meminta penjelasan lanjut atas soalan yang mereka rasakan tidak puas. Dalam benak fikiran bayu, memang harus ada yang memulai. Bayu juga lebih lancar dan lebih senang’ menyampaikan jawapan pada setiap soalan daripada harus berbicara selama 2 jam (sendirian). Dua komunikasi adalah komunikasi terbaik.

Dibenak fikiran bayu juga ligat memikirkan bahawa mewujudkan ‘rasa ingin tahu’ yang melahirkan positif pengetahuan baru dan lama itu tidak ‘gampang’ melainkan atas desakan dan kepentingan soalan, malah rasa ingin tahu pada negatif sifat itu pula terlalu gampang bagi anak muda mahupun remaja.

Lantas bangkit seorang muslimah mempertanyakan soalan, dan Bayu merasakan soalan itu adalah soalan yang menarik sepanjang mereka bersesi soal jawab.

“Abang Bayu, saya ada soalan terakhir ! 

“Kenapa wahyu pertama diturunkan mengenai Iqra, Bacalah’, bukan tentang mengajak kepada berimanlah’ kepada Tuhan, sedangkan ianya perkara dan soal pertama yang kita belajar yakni mengenai akidah - Tanya adik muslimah itu.

Soalan itu membuatkan bayu tersenyum bersedia menjawabnya, sekaligus adalah klimaks bagi pertemuan mereka pada hari itu. Masjid As Syakirin yang berdiri kukuh juga kelihatan seronok untuk mendengar jawapan pada soalan anak usrah bayu sebentar tadi.
____

Seperti biasa, apabila bulan Ramadan tiba, Muhammad akan bersiap-siap untuk pergi ke gua hira’. Pinggiran jalan Makkah biasanya dipenuhi oleh orang yang berkumpul dengan watak kejahatan dan kejahilan manusia. Namun pada hari itu, kebiasaan orang yang berkumpul tadi tidak nampak. Lengang. Setelah mendapat beberapa nasihat dari Muhammad.

Mereka mempercayai Muhammad kerana Muhammad sentiasa jujur.

Kali ini pemergian Muhammad ke gunung Hira’ lebih lama daripada kebiasaan baginda. Oleh sebab itu, Khadijah mengutus seseorang untuk memberitahu kepada Muhammad agar segera pulang. Awalnya khadijah menyangka bahawa Muhammad telah pulang ke Makkah. Namun setelah dia sampai di Makkah, Khadijah tidak melihat Muhammad dirumahnya.

Ketika Muhammad tiba, betapa terkejutnya Khadijah kerana melhat suaminya datang dengan muka yang pucat dan tubuh gementar. Didahinya penuh dengan keringat yang begitu banyak. Ternyata Muhammad tidak pulang ke Makkah setelah pulang dari gua Hira, tetapi baginda tertidur di sebuah gua. Khadijah khuatir dengan keadaan Muhammad kerana terlalu lama melakukan uzlah di gua hira’.

Muhammad berkata kepada isterinya, “Khadijah ! Aku khuatir akan menjadi tukang tenung atau kerasukan jin.”

“Wahai Abu Qasim, Janganlah engkau memiliki perasaan yang bukan-bukan” 

“Janganlah engkau berkata seperti itu.” 

Allah tidak pernah berbuat demikian kepadamu kerana engkau sentiasa jujur dalam berbicara. Engkau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan, engkau juga melaksanakan tanggungjawab sebagaimana sewajarnya, menyambung tali persaudaraan, budi pekertimu luhur, dan engkau tidak tergolong orang yang suka berteriak dipasar” kata Khadijah,

Tidak pernah sekalipun muhammad berbuat jahat terhadap orang lain. Tidak pernah baginda merugikan harta dan diri orang lain. Malah suka memberi makan kepada orang miskin, bersedekah serta tidak pernah berbuat serong kepada wanita lain. Muhammad tidak pernah membiarkan fikirannya mabuk. Bertapa banyak yang mengasingkan diri di gua hira’ tetapi tdak seorang pun daripada mereka yang mengalami peristiwa seperti yang dialami muhammad.

Pada tahun-tahun terakhir, setiap kali muhammad pergi ke gua hira’ baginda merasakan seolah olah ada disekelilingnya yang mencengkam dan mengerikan. Temannya Abu Bakar pernah mengatakan itu kepadanya, tetapi Muhammad tidak mempedulikannya. Isterinya pernah mengatakan hal yang sama, namun baginda tak mempedulikan juga.

Pada tahun berikutnya, Baginda tinggalkan dagangan dan pekerjaannya. Tidak ada yang lebih disukainya, selain menyepi dan mengasingkan diri di gua hira’. Seketika Muhammad bermimpi saat kebatilan tunduk tersungkur dek kebenaran yang akan selalu menang. Kehinaan dan kenestapaan yang selama ini tergores diraut wajah manusia lemah nan papa seolah terhapus dan sirna semuanya.

Lama benar muhammad dibuai mimpi dalam tidurnya. Terasa baginda hidup didunia yang baru, dunia yang menjanjikan kehidupan yang lebih indah. Iaitu sebuah dunia dimana keburukan yang terlanjur dilakukan oleh seseorang terhadap saudaranya lalu dimaafkan, dimana seorang wanita menyembunyikan perhiasan dirinya, melainkan kepada sumaniya. Dimana tiada lagi tangan untuk melakukan penganiayaan terhadap seseorang

Dunia yang terlukis dalam mimpinya itu ialah sebuah dunia lain yang teramat sempurna sistem kehidupannya. 

Pada suatu malam dibulan ramadan, baginda mengantuk lagi lalu tertidur. Kemudian baginda bermimpi didatangi seseorang yang memperlihatkan sebuah kitab kepadanya dan menyuruhnya membaca.

Bacalah” Seru orang yang mendatangi itu

“Aku tidak dapat membaca” jawab muhammad kepada orang yang menyuruhya membaca. Akan tetapi orang tersebut terus saja mendesaknya agar dia membaca.

“Apa yang akan aku baca” tanya Muhammad 

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipatakan. Dia yang telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah ! Tuhanmu ialah Zat yang Maha pemurah. Dia telah mengajarkan kepada manusia pena. Dia telah mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui.

Ketika terbangun, baginda hafal apa yang didengar dalam tidurnya. Baginda mencari penjelasan mimpinya antara apa yang didengarinya. Tiba-tiba ...

Dalam keadaan tidur dengan bangun, baginda seolah-olah mendengar dari kejauhan yang mengatakan “ Muhammad! Engkau ialah utusan Allah. Dan Aku ialah Malaikat jibril.

Itulah wahyu pertama melalui perantaraan jibril kepada Muhammad - Bayu menjelas

Yakni perintah IQRA’ 

“Ianya bukan hanya soal pentingnya ilmu tetapi jauh lebih besar bagi kita ummat manusia adalah bagaimana dengan kefahaman melalui pembacaan mengajak kita kepada mengimani adanya Tuhan, mengimani adannya malaikat, mengimani adanya perhitungan di hari kiamat, mengimani bahawa islam ini agama keharmonian buat semua dan menjawab persoalan adik tadi - Ujar Bayu

“Juga apa yang adik-adik perlu tahu daripada wahyu tersebut ialah”

“Islam terlebih dahulu mengutamakan kefahaman ! 

“Tidaklah agama ini datang dengan paksaan untuk beriman padaNya. Tetapi Islam datang membawa pencerahan, menambah kefahaman, keluasan fikiran dan membuka minda manusia terhadap kebenaran dan membezakannya dengan kebathilan - Tambah Bayu

Kita diarahkan untuk memperdalamkan kefahaman kita, meluaskan pembacaan kita untuk mencari sebuah kebenaran. Membuka minda kita untuk melihat apa yang sebenarnya perlu kita laksanakan di dalam kehidupan ini, dan bertepatan dengan adik-adik sebagai seorang pelajar, maka pesanan wahyu pertama jibril ini lebih dekat dan tertumpu dengan kamu ! - Sambung Bayu

Contohnya, semasa kita berada didalam kelas subjek matematik, apa yang cuba kita rungkaikan dari nombor-nombor atau simbol tertentu adalah untuk mencari jumlah yang benar disebalik pengiraan itu. Hasil daripada tambah, tolak, bahagi, equation, square root, matrix dan sebagainya, adakala kiraan kita salah dan adakalanya betul. Hujungnya adalah sebuah kebenaran. Pokoknya Tidak faham formula, kiraan bisa saja 'out' - Ujar bayu

Adik-adik itu sempat jatuh kembali dalam lena bebel’an bayu’ tetapi kali ini dengan inti sirah dan tamsilan yang memberi sedikit keseronokan mendengarnya.

“Membaca itu bukan satu hobi, malah kewajipan bagi kita lagi-lagi sebagai seorang muslim." - Lanjut bayu

"Hari ini kita tidak membaca, esok kita mengulangi kebodohan zaman jahiliyyah." - Tegas Bayu, sekaligus menutup pertemuan hebat petang itu dengan bacaan surah al asr dan tasbih kifarah seperti lazimnya dan mengharapkan adanya pertemuan selepas dari itu bersama mereka.

Azrialfateh
Teratak Bonda
January, 07, 2016