January 4, 2016

Enthusiasm for School.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lusa ni dah start sekolah - Kata Adik khairul

Nadanya sedikit hampa ketika memperkatakan sekolah bakal bermula. Melihat wajahnya saja tiada cahaya kegembiraan - hanya gambaran diwajah adik itu, seperti mana gamabaran situasi ketika Muhammad diturunkan wahyu pertama padanya melalui jibril, usai tiga kali 'Iqra' Muhammad pun berlarian kembali ke teratak baginda, kemudian diselimuti oleh khadijah. 

Bukankah, sekolah nak start, patutnya gembira ? - Tanyaku pada adik Khairul

Dapat jumpa kawan-kawan, dapat belajar ilmu baru, atau subjek baru. - Lanjutku, dengan sedikit nada kegembiraan, meraih keadaan persekolahan yang kembali.

Ada kawan-kawan pun kadang rasa bosan. Cikgu pula, salah sikit merotan dan marah - Jawab Khairul budak umur 12 tahun. Tahun ini Insha-Allah dia akan menduduki UPSR.

Dahulu, zaman sekolah rendah pun, rasa nak kembali ke sekolah itu tercabar, apatahlagi selepas musim cuti panjang. bukan sebab tidak mahu datang sekolah (itu persoalan berikutnya), tapi malas mahu bangun pagi. Mungkin kerana sebelum itu kurang didikan untuk bangun awal pagi dan solat subuh. Selesai bangun awal pagi, sampai ke sekolah nak menghadap pula dengan 'marah' seorang guru akibat tidak menyiapkan kerja sekolah, kadang-kadang kami siapkan kerja sekolah pun still kena rotan mungkin kerana terlebih nakal. Berdiri atas kerusi, dirotan di bahagian tangan (Zaman sekolah menengah pula dirotan bahagian punggung) and so on. Tetap juga masih berminat untuk datang ke sekolah dengan cemerlang. Tetapi zaman itu tidak sama dengan zaman yang kita miliki hari ini. Segalanya perlu dilihat menggunakan mikroskop dengan teliti dan tidak sekadar menyelesaikan tugas mengajar bagi seorang guru/cikgu.

Kenapa murid nowdays dengar saja persekolahan bakal bermula' kegembiraan itu tenggelam dari wajahnya.
Credit photo : Google 
Dimanakah wajah yang seharusnya kita lihat kegembiraan mereka menuntut ilmu, punya lingkungan guru yang menjadi sahabat, dan miliki rakan yang setia mengajarkan, menjadikan sekolah rumah kedua. Hatta dikalangan pelajar sekolah menengah pun selalu terdengar bunyi keluhan apabila berbual dengan mereka, hal yang sama setiap kali musim persekolahan bemula. Dimana wajah kegembiraan adik-adik ini terhadap sekolahnya ? Tidak cukup kondusifkah sekolah itu dalaman atau luarannya sifatnya? ataukah terlalu agresif sehingga diibaratkan penjara bagi sesetengah pelajar.

Dimana wajah riang dan gembira adik-adik ini yang sepatutnya kita lihat ketika sesi persekolahan bakal bermula? 

Dibunuh atau terbunuh?

Teacher centered (peranan guru lebih) atau Student Centered (peranan pelajar lebih) ? 

Pendidikan kita hari ini duduk di simpang tiga, Jalan mati pun tidak, jalan hidup pun tidak. Pendidikan yang jauh dari mempedulikan apa yang berlaku di dalam akal, fikiran dan jiwa pelajar. Saya bukan ahli akademik yang ahli' dan bijaksana. tetapi melihat situasi kanak-kanak disekeliling saya, yang terdekat anak buah sendiri mengalami hal yang sama tentang apa yang dikeluhkan adik Khairul di awal penulisan tadi membuatkan saya peduli dan ambil tahu tentang apa yang ada didalam akal, fikiran dan jiwa mereka. 

Hari ini, jika seorang guru besar atau pengetua, datang ke salah sebuah kelas, tanpa pengetahuan awal guru yang mengajar kemudian bertanyakan :

'Bagaimana perasaan hadir ke sekolah hari ini'? Bagaimana pengajaran cikgu hari ini? kemudian secara jujur tanpa dibebani rasa bersalah murid atau pelajar menjawabnya. Apakah agaknya jawapan adik-adik ini?

Kerana semua ini bakal menyangkut rapat dengan soal pembelajaran mereka kelak, soal daya fikir kanak-kanak ini nanti dan banyak lagi perkaitan hasil awal daripada rasa' seorang pelajar/murid. Langkah 'paksa' ke sekolah tidak selamanya melahirkan seorang manusia. Sekolah haruslah menyeronokkan, pendidikan harus bersifat menyeronokkan terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Murid-murid atau pelajar sekolah datang ke sekolah harus merasa teruja ke sekolah, bukan kerana selalu mendapat banyak A, bukan hanya kerana ramainya kawan apatah lagi bukan semata-mata takut dirotan ibubapa ataupun sekadar mengisi masa kanak-kanaknya atau keremajaannya. 

Tetapi mereka ke sekolah, kerana mereka rasa gembira datang ke sekolah, kerana sifat ingin tahu, kerana percaya diri mereka akan sentiasa mempelajari sesuatu hal yang baharu disekolah yang mereka tidak pernah tahu pun sebelum ini, tidak juga semata-mata subjek yang wajib diajar. Pendidikan bukan sekadar mata pelajaran matematik dan sains, ianya tentang rasa gembira dan syukur juga. 

Jika manusia dianalogikan sebagai sepohon pokok, jiwa rasional dan intelek aktif adalah buahnya manakala Rasa' itu adalah deria yang membangkitkan pokok untuk tetap mekar dan bangun menghasilkan buah-buahan yang bermutu.

Akhir makalah, Alatas pernah menulis :

If a history teacher is very enthusiastic, he will pass this enthusiasm on to his students"

Kembalikan rasa itu,

agar kita dapat melihat kecelikkan seorang manusia.

Selamat kembali ke sekolah Adik-adik

Sirru ala barakatillah.

AzrialFateh
Taman Semarak