January 13, 2016

Kota Madaya : Neraka D'Bumi Syria


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kota Madaya adalah sebuah bandar pergunungan kecil di Syria. Madaya terletak pada ketinggian 1,400 meter. Sebelum revolusi perang berlaku di syria, kota ini merupakan bandar peranginan dan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan di Syria. Lokasi hanya kira-kira hanya 40 kilometer dari Damsyik, ibu negara Syria. Madaya juga sering tertutup salji semasa musim sejuk tiba, terutama pada bulan Januari-Februari, dan saat ini adalah yang paling mencabar disamping ketiadaan sumber makanan, dihimpit pula dengan kesejukan hingga ke tulang belulang.


Sebagaimana bandar-bandar utama lain di Syria, Madaya turut merasa ke'porakperandaan hidup. Julai 2015 lalu dilaporkan, bandar tersebut telah dibedil oleh rejim Assad dan militin Hizbullah. Bandar ini kemudiannya terasing, tak ada bekalan makanan yang boleh dikudap oleh penduduknya. Bantuan kemanusiaan pun tak mendapat akses. Kesannya, ratusan orang, terutama kanak-kanak kota madaya mengalami malnutrisi. Hinggakan, kucing pun terpaksa disantap demi meneruskan kelangsungan hidup dan mengisi perut yang kosong. Madaya ibarat neraka. Bencana kemanusiaan.

Madaya, sebagaimana penjelasan Palang Merah, dilaporkan telah menjadi bandar paling buruk menerima kesan akibat kebuluran. Tidak hanya kucing seperti yang disebutkan tadi, bahkan mereka di sana makan sup berbahan baku daun dan rumput,

Natijahnya, baru-baru ini melalui United Nation (UN) telah mengumumkan bahawa rejim Assad telah komited untuk membuka akses bagi badan bantuan antarabangsa menuju madaya.

Sementara itu, peningkatan kematian akibat malnutrisi dan kebuluran kian meningkat sejak julai 2015. BBC juga menyatakan bahawa, ketika ini ada 4.5 juta orang di Syria yang berada di lokasi yang sukar untuk sampai bantuan kemanusiaan. Jumlah ini termasuk 400 ribu orang yang berada di 15 lokasi yang dikepung penyokong setia rejim Assad maupun pemberontak. 

Di Bandar Fish dan Kefraya, sekurang-kurangnya 30 ribu orang yang terjebak, mereka tak boleh keluar, manakala bekalan makanan dan tenaga sangat terhad. Entah sampai bila konflik ini akan terus berlaku, dan entah berapa banyak lagi jiwa-jiwa tak berdosa harus berguguran kerana ketamakan dan kejahatan tangan manusia.

"EMERGENCY APPEAL | FOOD FOR MADAYA

i4SYRIA dengan itu melancarkan Projek Kecemasan #MakananUntukMadaya untuk membantu lebih 40,000 rakyat disana yang berhadapan risiko maut akibat kebuluran dan disekat bantuan kemanusiaan untuk masuk ke sana.

Beberapa data lain berkenaan situasi di Madaya:

- 31 orang telah mati akibat kebuluran
- 6000 periuk api telah ditanam di sekeliling Madaya
- 15 orang terkorban akibat terpijak periuk api
- 205 hari sekatan makanan sejak Julai 2015

i4SYRIA merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar membantu kempen ini dengan bersama-sama menyumbang sebarang amaun dan menyebarkan maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain.

2 Langkah mudah untuk menyumbang:

1) Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad': 

Akaun Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592

2) Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948 dan nyatakan kemasukan untuk ‘MakananUntukMadaya'

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat i4S:
+603-8941 2341 (En Sazlie) *Tempoh Projek: Jan 2016 - 29 Feb 2016

Sebarkan info ini kepada kenalan/sahabat anda!

Tabarakallah.