January 2, 2016

Langit Runtuh.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hanya merenung ke langit
Tinggi,
Langit yang diatasnya langit,
Langit yang ditangisi,
Si jejaka tampan, 
Muhammad 


Langit 2016,
Langit itu tetap,
Langit 1500 Tahun dahulu,
Tidak pernah baru,
Biru,
Malamnya memukau
Siangnya dipukau.

Langit yang melihat
Agenda dan kencing manusia
Langit yang menyimpan rahasia
Jutaan manusia

Langit yang tanpa tiang
'Kun fayakun'
Esok pun nak runtuh
Ketika manusia berpusu-pusu
Kembali,
Lantainya mulai lusuh.,

Lusuh jiwanya
Lusuh juga jasadnya.

Langit itu segera runtuh
Kerana langit binaan manusia
Kini lebih tinggi
Juga bersedia
Meninggalkan bumi.

Lot 1, BK 56 | 1 Januari 2016