February 1, 2016

Cerpen : Ke Kampung 2020


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Disudut rumahnya, ada tangan yang pernah bekerja keras membangunkan suatu ketika, dan ada mata yang penuh dengan kehampaan. Pak Hasan dan Isterinya terpaksa berpindah dalam masa terdekat. Rumah yang didiaminya semenjak Dua puluh tahun itu mahu dirobohkan. Sama ada untuk tujuan apa ia dirobohkan, kini sebahagian rumah di kampung itu telah dirundung gelisah yang panjang.

Khabar rumahnya bakal dirobohkan itu telah lama diketahui, sekadar mendengar hal berita yang dibawa oleh jiran tetangganya. Maka tidak sedikitpun kerungsingan bagi hatinya, dan menganggap ia khabar angin, Khabar tak punya isi.

Tetapi sekarang, khabar yang semenjak 2 bulan yang lalu diterimanya itu adalah suatu perkhabaran yang benar. Pak Hasan menerima surat rasmi yang menyuruh beliau berpindah dari rumahnya - rumah yang dibangunkannya hasil titik peluhnya sendiri. Sejak itu hatinya dirundung kelukaan. Malamnya dipenuhi kebimbangan akan malam mendatang.


Dirumah itu, dia bersama isterinya yang tinggal. Tidak punya anak sejak pertama perkahwinan mereka, bukan kerana Allah tidak merezekikan mereka memilikinya, tetapi taqdir-Nya lebih merancang yang terbaik buat keduanya.

Disekeliling rumahnya - semua berhampiran belaka. Ada 8 buah rumah lagi, dan tiap-tiap rumah itu ada pula didiami keluarga yang ramai' dan senang didekati, kerana itu 20 tahun terlalu lama dan telah membentuk perpaduan jitu. Walaupun rumah-rumah disitu kelihatan dari segi ilmu arkitek agak kurang enak’ posisinya ataupun kalau ingin dilihat dari segi ilmu kesihatan agak kurang bersih. 

Tetapi bagi mereka, rumah itu sesungguhnya telah menyenangkan hati mereka sejak 20 tahun lamanya. Mereka berkongsi nasib yang sama dan mewarisinya. Dan kemiskinan yang mereka hadapi itulah yang mengikat tali persahabatan dan persaudaraan sesama mereka.

Satu bulan yang lalu, orang sekampung itu terperanjat ‘ramai’apabila menerima surat amaran, bahwa rumah mereka mahu dirobohkan. Menjuarailah kesedihan dihati mereka. Dan suasana kampung, automatikanya menjadi muram, seolah-olah raja kematian permaisurinya. Sunyi dan sunyi berhari-hari. Dan semakin mendekat dengan hari yang bakal ditetapkan menurut isi surat yang mereka terima, semakin memberat hati masing-masingnya. Hatta berfikir mereka juga turut runsing.

Sejak surat itu berlabuh dirumah mereka, mulalah kepala keluarga sibuk mencari rumah kosong yang boleh disewa. Dan semenjak itu juga, hari-hari perbualan mereka tidak lari dari membicarakan soal perumahan. Episod kedukaan, asas kehidupan dibalik sebuah negara yang bakal menuju wawasan 2020’nya.

“Sehari-hari ni puaslah saya berkeliaran mencari rumah kosong, Cik Rosli.”

“Nasib baiklah ada anaknya Pak Jamil, yang mahu menumpangkan motor, menemani seorang tua ini mencari rumah”

“Jauh berjalan, yang kelihatan hanya kepingan kertas dipagar berjuntai ‘rumah untul dijual’. Ada pula flat perumahan, sewanya terlampau mahal pula. Berkata pak Hasan kepada pakcik Rosli

“Saya pun begitu juga, pak Hasan. Hari itu sehari suntuk saya mencari rumah atau flat yang boleh disewa. Tak juga dapat. Entahlah kalau tak dapat juga rumah sewa, tak tahulah saya ke mana harus saya pergi.”

Pakcik Rosli diam sejurus dikeluarkannya sebatang rokok ‘ Premium’ dipasangnya api, dihisapnya, dihembuskan asapnya keluar, lalu memulakan lagi ceritanya. 

“Pak Hasan fikir kita ini akan diberi rumah nanti atau tidak?

“Entahlah, cik Rosli. Tetapi sepatutnya kita ini mesti diberinya rumah. Kalaupun tidak mendapat rumah ganti, sekurang-kurangnya rumah yang mampu kita bayar sewanya. Nampaknya sampai sekarang ‘tak ada pula terdengar berita tentang rumah-rumah yang rendah sewanya itu. 

“Mungkin kerana hari itu, kita tidak meminta rumah-rumah yang rendah sewanya. Begitu kan?”

“Tak minta apanya, cik Rosli, Dulukan pak Karim, pak Mail dan saya sendiri sudah meminta rumah yang rendah sewanya. Sebulan kemudian baru kami mendapati jawapannya. Katanya rumah-rumah yang rendah sewanya itu belum ada. Yang ada cuma rumah yang bersewa 700 ke 900 sebulan. Aii, manalah terbayar oleh orang yang seperti kita ini” 

“Saya terdengar khabar pun begitu juga hari itu, memang banyak rumah baru yang didirikan sekarang ini. Tapi itulah sewanya saja sudah mencekik leher, ditengah kos sara hidup menghimpit. Gaji kita ini bukannya beribu-ribu. Sedangkan hendak makan pun, kais pagi makan pagi.

__________

Dikejauhan hari, dibawah terik panas matahari - hati pakcik hasan tetap redup dan redha dengan ketentuan bahawa dia harus berpindah segera.

Sebulan lamanya beliau mencari rumah sewa yang boleh dijadikan tempat tinggal bersama isterinya, tidak juga ditemunya. Malah bertemu dengan lelah dan gelagat tuan rumah yang ingin untung berlipat kali ganda. 

Dibawah teriknya panas matahari itu juga, kelihatan seorang pemuda sedang membantu pak Hasan untuk merobohkan rumah beliau agar kayu rumah tersebut dapat diguna semula untuk membina rumah diatas bukit berhampiran yang telah disewanya dari seorang tuan tanah yang baik hati.

‘Terima kasih banyak nak, kerana sudi membantu pakcik’ 

‘Tak mengapa pak Hasan, tanggungjawab saya sebagai muslim untuk membantu pakcik, dan saya membantu semampu yang saya boleh’ - ujar seorang pemuda

Pemuda itu merupakan bekas calon parlimen Pilihanraya Umum ke 13 dikawasan pak Hasan. Mungkin saja belum menang bagi parti yang diwakilinya, tetap juga bekerja tidak menunggu pangkat wakil rakyat. Sementara yang berpangkat wakil rakyat, sedang lena dalam tidur malamnya, berbantal dan bertilam yang empuk.

Pak Hasan sempat mengupah yang termampu beberapa pekerja terdiri dari jirannya sendiri untuk membina sebuah rumah pondok diatas bukit berdekatan.

“Ini saja yang saya mampu cik Rosli”

“Masanya pun kian singkat, terpaksalah mengupah beberapa pekerja yang boleh, saya ini pun sudah tua untuk melakukan kerja-kerja berat itu, kalau zaman mudah jangan dihiraukan. Atas pokok pun boleh saya binakan rumah” - bual dengan nada gurauan Pak Hasan kepada Pak Rosli

Aii, sudah ingin berangkat pak Seman?” Tanya Pak Hasan serentak dengan Cik Rosli

“Ya ! Senang-senang datanglah ke rumah saya yang baru tu pak Hasan dan cik Rosli. Bukannya jauh benar. Dua batu saja,” - Jawab Pak Seman

“A insha-Allah Seman, inshaAllah!” sayu sahaja balasan tetangga-tetangganya itu.

___________

Hari terakhir yang telah ditetapkan telah datang. Tibalah giliran Pak Hasan untuk berpindah. Rumah pondok yang diupahnya pekerja membinanya telah pun siap. 

Hari inilah dia akan meninggalkan kenangan 20 tahun dan tempat yang pernah menumbuhkan kasih sayang sesama jiran tetangga. Dua hari yang lepas, sahabat karibnya Cik Rosli telah berpindah dulu, setelah mendapat rumah sewa, lewat bantuan keluarga jauhnya.

Hiba benar Pak Hasan.

Ketika mengangkat barang-barang rumahnya ke dalam lori yang dipinjamkan kepadanya, terbayanglah dia segala kejadian mesra suka dan duka ditempatnya itu. Terbayang dia wajah-wajah tetangganya yang sama senasib dengannya itu. Mesra benar.

Di kampung itu sering terhibur hatinya oleh riuh-rendah anak-anak yang sedang bermain dan perbualan jiran tetangga dengan gelak dan tawa. Ah mesra benar suasana tempat yang terpaksa ditinggalkannya itu. 

Sedap benar matanya memandang anak-anak jiran yang senasib itu - miskin - bermain dengan begitu mesra. Memang senang benar hatinya apabila melihat anak jirannya bermain.

Tetapi sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yang sangat disayanginya itu.

betapa pilu sekali hatinya.

“Nak diapakan lagi, bang? Bukan kita yang berkuasa.” 

Bukan begitu ayah? - Sapa lembut seorang isteri.

Kalau ya pun, sedaplah benar hati kita kalau disediakannya rumah yang murah sewanya. Ini menderita kita dibuatnya. Tempohnya agak singkat. 

Agaknya orang yang berkuasa itu tidak berhati perut?”

“Entahlahh”

Barang-barang yang diperlukan semuanya sudah termuat didalam lori. Dan lori itu memulakan enjinnya merengek, tetapi segera hidup.

Lori bergerak perlahan.

Dimata pak hasan terbayang rumah barunya. Rumahnya itulah hanyalah sebuah rumah pondok yang lebih kecil daripada rumahnya yang dahulu.

Lori terus berjalan membawa pak hasan dan isterinya ke kampung 2020.

Zaman serba teknologi dan kehidupan canggih, tetapi diceruk kampung itu, rumah pondok belum ada jaminan dari wawasan sang berkuasa.