April 8, 2016

Tuan Diktator


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

Tuan Diktator !
Perkenalkan
Aku Rakyatmu
Kau bukan siapa-siapa
Tidak mempunyai apa-apa



Kuasamu mengari manusia
Dan tidak lebih
Hanya menjadi ludah
Dihari kebangkitan
Tuan diktator !

Tuan Diktator !

Seorang Diktator
Membangun sejuta
Penjilat dan Pengotor
Maafkan Bahasaku
Kotor !
Ia Sisa
Runtuhan
Bukan runtuhan kota melaka
Tapi runtuhan moral bangsa

Tuan Diktator !
Ucapanmu bagaikan sangkakala
Memperdaya ribuan rakyat memerhati
Menarik seluruh simpati
Amankan kubur orang mati
Neraka didalam negeri

Tuan Diktator !
Seakan kau hidup seribu tahun
Apakah negara ini syurga
Terakhir tuan
Hingga dicanang
Tiada tuan, 
Matilah kehidupan.

Tuidder Alamesra | April, 7, 2016