May 23, 2016

Gelap


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akalku bertarung akan makna gelap ini
Merenung kemungkinan
Yang paling dalam
Dalam yang luas terpendam
Cuba aku menuturkannya lewat kalam.

Gelap mahu berbicara !



Bahawa dihujung dunia ada gelap yang menghuni
Bahawa disudut kota ada gelap yang membunuhi
Bahawa disamping tubuhmu ada gelap yang mahu mencuri
Bahawa gelap itu kadang membawa dosa yang berarti.

Sekali ini lebih baik bergelap
Agar lekas menghayati makna sunyi dan sepi
Agar lekas mengerti makna mensyukuri
Agar lekas mendalami makna bila terang dikufuri
Lebih baikkan begitu.

Sekali Tuhan mencabut siang kepada malam
Ada tanda kekuasaan dan kehebatan
Kita terlupakan
Sekali Tuhan mencipta kegelapan
Ada tanda untuk menghidupkan hati yang berperasaan.

Tidak lupa hatiku yang turut berperang 
Diantara gelap dan terang
Bingung siapa pemenang
Sehinggalah setiap satunya
Mendatangkan rahmat Tuhan


Teratak Bonda | Mei, 23, 2016