May 30, 2016

Selipar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di rumah mana pun
Selipar diburu kehilangan
Kebimbangan
Mungkin ia hilang
Membawamu ke syurga
Jangan tersasar mengutip hikmah

Selipar yang hilang itu memang bukan salahmu
Bukan juga kerana rumah yang kau yakini 
Dijaga tuhan
Tapi kasihan
Seliparmu itu selalu kau raihkan
Untuk ke rumah Tuhan


Sekarang seliparmu itu
Hilang tanpa bahasa 
Meninggalkan sebelah juga tiada
Entah dibawa ke mana
Dipakaikan untuk apa

Berharaplah kita
Selipar yang engkau beli dengan hati
Dipakai tuan baharunya
Sepertimu juga ke masjid
Paling kurang
Dipakai untuk ke tempat mulia
Ke perpustakaan.

Taman Semarak | Mei 29, 2016