June 22, 2016

Dedaun Ramadan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Daun Ramadan telah gugur separuh,
Masjid mulai lesu bukan bisu
Kebiasaan yang mengharu'


Dalam separuh Ramadan
Ada yang tetap teguh dibalik tiang dan pintu
Ada yang rapuh dibalik suasana yang merapu
Ada juga yang masih tertipu pada nafsu,
Tidak dididiknya 
Dibiarkan mengonar lalu

Kanak-Kanak kecil aku harapkan tetap bertamu
Seperti Aku dan Kamu,
Dikala kecil kita seronok berlari dan nakal bersatu
Kita Istiqamah, Ketika kita belum memahami makna

Kemana sudah haluan pembacaan 
- Al Quran
Atau masih lena 
Santapan semalam - Popia
Kari Ayam
Semuanya telah kau khatam

Kita dalam landasan keberuntungan
Dalam keberuntungan,
Ada kecelakaan yang tak kau fikirkan
 - Habis Ramadan
Tapi masih belum mendapat ampunan

Itu mau kau anggap amaran atau teguran
 Terserah! - Supaya kau bangkit
Memanfaatkan ramadan
Sepenuh perasaan
Dan seluhur kasih sayang

Kerana suatu masa 
Ramadan datang - Kamu pulang!
Ke tanah
Bawa amalan,
Bekalan, Sendirian

Mahu ditemankan? -
Inilah masa untuk mencari bekalan
Biar tidak sendiri dijalanan pulang

Jangan tunggu
Dedaun gugur seluruhnya!

16 Ramadan 1437 | Jun, 21, 2016