August 26, 2016

Jom Daftar sebagai Pengundi !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tiada masa untuk kita mahu ber'sarcasm masa ni, sudahkah anda daftar sebagai pengundi? Jika belum, luangkanlah masa sebentar untuk melakukan tanggungjawab anda pada negara ini, ia juga inisiatif kita kehadapan terhadap kebobrokan negara saat ini. Keyboard warrior or not, tak ambil port politik negara, geram tahap dewa dengan parti pemerintah, sebaiknya kita ketepikan dulu hal tersebut, yang terpenting buat masa sekarang, adalah memastikan anda sudah mendaftar pengundi. Nampaknya ramai lagi yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi.


Then, andakah anda termasuk dalam statistik 4 juta diatas? Jika YA, anda harus bertindak sekarang.
Daftar sebagai pengundi ni tak susah, kurang daripada sepuluh minit je. Cara-caranya :
  1. Pergi ke pejabat pos
  2. Bagi IC (cakap nak daftar sebagai pengundi)
  3. Tak payah isi borang, semuanya akan di key-in terus ke dalam komputer oleh pegawai yang menjaga kaunter.
  4. Lepas tu borang pendaftaran yang telah diisi dicetak dan anda hanya perlu menurunkan tandatangan kemudian akan diberi satu salinan kepada anda.
  5. Siap. TAHNIAH! So after that, bolehlah teruskan demonstrasi dan bising-bising di Facebook/Twitter macam biasa. Jangan lupa ajak rakan, saudara mara, keluarga belah bapak dan mak yang lain (yang layak mengundi) untuk mendaftar sekali. Pilihanraya nanti jangan lupa pergi mengundi. Satu undi sangatlah berharga.
For your information, Suku ke 3/2016 ada lagi 5 hari, jika PRU 14 diadakan bulan 3 Tahun 2017. Mereka yang daftar mengundi berakhir 30.9.2016 sahaja yang boleh mengundi. So mohon sekali lagi, Ayuh! turunlah dan luangkanlah masa sebentar untuk mendaftar sebagai pengundi. Tak bermaksud selepas 30 Ogos ini tak boleh mendaftar, anda perlu juga melakukannnya, piem negara ni tak menentu anginnya, and kita tak menjangkakan jika ada PRK kehadapan.

Point sekarang daftar je supaya ada dah tanggungjawab pada negara.

Saya mohon untuk kesekian kalinya. 

Daftarlah sebagai pengundi hari ini bagi yang belum mendaftar!