August 31, 2016

Tidak Ada Merdeka


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Detik ini 
Ku lihat 
Dari tepi tingkap
Malam tersenyum
Kemerdekaan meranum



Ada kemeriahan yang terjangkau
Ada juga kemurungan yang melangkau
Terdengar amanat hang Tuah  - Setia
Kepada pengikut Jebat - Durhaka

Dilaungkan kesatuan
Diherdik yang berbeza fikiran
Mahu diisi apa sebenar kemerdekaan?

Dibawah langit sama
Dua merdeka yang berbeza
Jarak yang membentang diantaranya
Menciptakan nada baharu merdeka kita
Dan merdeka mereka

Enam dekad kita bersatu
Digugat tetap utuh
Kasih sesama kita
Cinta yang kita turunkan
Rasanya lebih mutu dari kata hantu

Tidak ada merdeka
Tidak ada malaysia
Berdirinya kita
Dari runtuhan kota melaka

Tidak ada merdeka
Tidak ada malaysia
Tidak ada najib
Tidak kita senasib

Dirgahayu semua
Dirgahayu negaraku
Kutitipkan doa
Semoga kau
Dirahmati Tuhan.

Taman semarak | Ogos, 30, 2016